KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menyita 157 buah kenderaan klon di negeri ini sejak 2016, kata Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 11 kenderaan klon telah ditahan tahun lepas manakala lapan kenderaan klon termasuk jenis mewah telah disita sehingga Mac tahun ini.
Menurut beliau, berdasarkan pemerhatian pasaran kenderaan jenis klon itu digemari golongan berusia 25 hingga 45 tahun yang ingin tampil bergaya selain terpengaruh dengan tawaran harga sehingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran kereta sebenar.
"Pengguna dipercayai mengambil jalan mudah untuk membeli kenderaan klon tanpa memikirkan risiko bakal dihadapi malah ia juga boleh memberi implikasi kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans," katanya pada sidang media di JPJ Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi yang diguna pakai oleh sindiket pengusaha kenderaan klon adalah menerusi media sosial seperti Facebook dan Telegram.
"Kebanyakan pengguna kenderaan klon ini akan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain untuk digunakan di atas jalan raya malah ada juga sindiket yang menggunakan rekod kenderaan kemalangan (total loss) untuk digunakan terhadap kenderaan klon," katanya.
Beliau berkata antara tindakan yang boleh diambil terhadap pengguna atau pemilik kenderaan klon adalah pelaku yang menggunakan kereta tidak berdaftar boleh dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, sekiranya pelaku memaparkan maklumat palsu mengenai nombor pendaftaran boleh dituduh mengikut Seksyen 103(3)(f) akta sama, memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Hanif Yusabra berkata bagi kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau dipenjara maksimum enam bulan dan 12 bulan jika sabitan kedua.
"Tiada Perlindungan Insurans pula boleh dituduh di bawah Seksyen 90(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 17 2021

Antara tindakan yang boleh diambil terhadap pengguna atau pemilik kenderaan klon adalah pelaku yang menggunakan kereta tidak berdaftar boleh dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar fail

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se