KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan tiga operasi khas menjelang sambutan Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.
Pengarah Kanan Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, operasi pertama membabitkan larangan kenderaan perdagangan untuk berada di jalan raya dua hari sebelum dan dua hari selepas raya.
Menurutnya, selain mahu mengelak risiko kemalangan maut, larangan tersebut bertujuan memastikan kelancaran serta tidak mengganggu lalu lintas semasa musim perayaan nanti.
Jelas beliau, kenderaan terbabit yang tidak diselenggara dengan baik selain berlaku kerosakan dilihat menjadi antara punca kemalangan maut berlaku.
"JPJ akan mengambil tindakan tegas ke atas kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi undang-undang, sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
"Malah menjadi satu kesalahan sekiranya kenderaan perdagangan tersebut tidak diselenggara dengan baik," katanya pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM bertajuk Hari Raya Aidilfitri - Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama pada Rabu.
Mengulas lanjut, Lokman berkata, operasi khas kedua yang dilaksanakan membabitkan penunggang motosikal di seluruh negara yang merupakan penyumbang utama kepada kemalangan maut terutama pada musim perayaan.
Beliau berkata, sebanyak 70 peratus kemalangan maut disumbangkan oleh penunggang motosikal dengan kadar satu kemalangan maut bagi setiap dua jam.
"Jadi kita sarankan orang ramai beralih kepada pengangkutan awam untuk pulang beraya di kampung halaman.
"Kita juga telah melakukan pemeriksaan kenderaan pengangkutan awam di 54 buah depoh di seluruh negara, selain berada di 28 buah terminal bas bagi tujuan pemeriksaan buku log pemandu, memeriksa sistem brek serta memastikan pemandu kedua disediakan," katanya.
Bagi operasi khas ketiga pula, Lokman berkata, pihak JPJ juga akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keledar serta tidak memotong barisan.
Untuk itu tegas beliau, pihaknya akan melakukan rondaan bermotosikal dan menggerakkan unit peronda lebuh raya di kawasan-kawasan tertentu.
"Selain itu, JPJ juga ingin meminta orang ramai untuk melaporkan sebarang kesalahan jalan raya dengan menggunakan aplikasi MyJPJ.
"Kita akan mengambil tindakan segera atau sekurang-kurangnya tiga hari pada aduan diterima bagi menghantar notis kepada pesalah jalan raya," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 03 2024
Lokman (tiga dari kanan) melihat kerja-kerja pemeriksaan berat kenderaan lori dengan muatan yang dibawa sempena Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2024 di Rehat & Rawat Pandan pada Selasa. - Foto BERNAMA
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
JPJ periksa 34 Puspakom, sita kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
JPJ memeriksa 37 Puspakom menerusi Ops Khas di seluruh negara serta menyita kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
Lelaki itu direman hingga Jumaat selepas Majistret membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom
Suspek berumur 40-an itu ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan JPJ.
Op Mengejut: Empat petugas Puspakom dipanggil beri keterangan
Kesemua individu berkenaan dipanggil memberikan keterangan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya pada Isnin lepas dan hari ini.
Bidaan siri nombor plat 'FG' dibuka hingga 6 Jan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.
JPJ tawar kompaun khas RM150 bagi tiga kesalahan selama 6 bulan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan selama enam bulan bermula esok, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
JPJ gerakkan Ops Tunggak di empat negeri sempadan Malaysia-Thailand
Operasi khas ini bertujuan untuk mengesan pemandu asing yang melanggar undang-undang, termasuk mempunyai saman tertunggak.