KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyber Security sedang menyiasat dan mengesan pemilik akaun media sosial, Smart Driving School yang menjalankan sindiket penipuan lesen terbang.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim dalam masa sama menjelaskan, pihaknya memandang serius kenyataan pemilik akaun twitter Edisi Khas yang mendakwa terdapat pegawai JPJ terlibat dalam sindiket berkenaan.
"Menerusi hantaran tersebut, pemilik akaun itu turut berkongsi tangkap layar akaun instagram yang menggunakan nama Smart Driving School yang dipercayai menawarkan khidmat mendapatkan lesen memandu tanpa perlu hadir ke kelas atau apa jua ujian memandu di mana-mana institut memandu yang diiktiraf JPJ, hanya dengan kadar bayaran sebanyak RM500 bagi kereta dan RM300 bagi motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Modus operandi yang sering digunakan sindiket itu adalah dilakukan melalui platform media sosial dengan mempromosikan 'iklan lesen terbang' dengan menggunakan gambar lesen memandu Malaysia bagi meyakinkan orang ramai membuat pembayaran terus secara transaksi dalam talian.
"Setelah pembayaran dibuat, sindiket ini akan menghilangkan diri daripada mangsa tanpa memberikan lesen memandu yang tidak sah tersebut.
"Kenyataan di tangkap layar itu juga menyatakan bahawa pihak Smart Driving School turut menjalankan kegiatan tersebut dengan penglibatan segelintir pegawai-pegawai atasan JPJ dan tohmahan bahawa pihak SPRM juga terlibat," tambah beliau.
Justeru, JPJ amat kesal dengan tohmahan berkenaan yang secara langsung mencalarkan imej dan reputasi jabatan itu.
"Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan JPJ dalam mengekang penglibatan warga kerja JPJ daripada terlibat aktiviti yang tidak berintegriti, antaranya inisiatif pembangunan sistem yang mewajibkan pengesahan ID penyelia atau pegawai kanan sebelum sebarang transaksi pengeluaran lesen memandu dilaksanakan serta pemantauan dan pengauditan urusniaga melalui garis panduan ditetapkan seperti yang digariskan di bawah ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems (ABMS),"katanya lagi.
JPJ juga tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku melibatkan warga kerjanya khususnya aktiviti lesen terbang seperti yang didakwa pemilik akaun twitter Edisi Khas berkenaan.
Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk tawaran lesen memandu yang tidak mengikut prosedur, peraturan dan undang-undang digariskan jabatan itu.
Sebarang keraguan mengenai perkara itu boleh dikemukakan ke emel [email protected]
Rahimah Abdullah
Fri Jan 28 2022

JPJ memandang serius kenyataan pemilik akaun twitter Edisi Khas yang mendakwa terdapat pegawai JPJ terlibat dalam sindiket berkenaan. - Gambar fail

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se