JASIN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperkasakan program advokasi mengenai kepentingan mempunyai lesen dalam masyarakat terutama dalam kalangan pelajar sekolah bagi memastikan mereka tidak terus melanggar peraturan jalan raya.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Rospiagos Taha berkata ini termasuklah menyasarkan tempoh enam bulan untuk memastikan 23,000 individu dalam kalangan usia 16 hingga 35 tahun termasuk pelajar yang membawa kenderaan ke sekolah tanpa lesen mematuhi peraturan jalan raya.
"Kita tidak akan mengambil tindakan undang-undang seperti saman kerana kita dalam fasa advokasi dan dalam masa sama, kita juga faham mengenai kekangan dihadapi oleh pelajar yang memerlukan kenderaan untuk datang ke sekolah.
"Mengenai tindakan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka membawa kenderaan tanpa lesen, itu juga kita akan fokus kepada advokasi dan memiliki lesen yang sah," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan Kadet JPJ peringkat zon selatan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka, Lanchang, Merlimau di sini malam tadi.
Beliau juga percaya pendekatan advokasi yang dilakukan secara sistematik dan bersasar yang dilakukan setakat ini dalam meningkatkan kesedaran memiliki lesen secara sah akan merendahkan statistik sedia ada namun tetap bergantung kepada kerjasama semua pihak.
"Saya optimis program seperti Kadet JPJ yang melibatkan pelajar sekolah akan memberi kesan kepada adik-adik ini mengenai kepentingan memiliki lesen dan mematuhi peraturan jalan raya, sekali gus turut menyedarkan ibu bapa," katanya.
Sementara itu mengenai perkhemahan Kadet JPJ yang dianjurkan, Rospiagos berkata program berkenaan akan memberi impak positif terutama berkaitan disiplin dan sahsiah diri kepada lebih 300 pelajar dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur yang menyertai perkhemahan selama empat hari sejak Isnin lepas.
"Kami melihat pasukan Kadet JPJ ini sebagai Duta Keselamatan Jalan Raya dan platform terbaik untuk melatih ahli-ahlinya dalam membantu menyampaikan mesej advokasi keselamatan jalan raya kepada pelajar lain di sekolah dan ibu bapa agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan.
Menurut beliau, bagi sesi akademik 2022/2023 sebanyak 21, 834 pelajar dari 388 sekolah menyertai pasukan Kadet JPJ dan daripada jumlah itu, sebanyak 930 pelajar dari sembilan sekolah adalah dari Melaka.
--BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Rospiagos (dua, kiri) beramah mesra bersama kadet-kadet JPJ terbaik pada majlis penutup Perkemahan Kadet JPJ Peringkat Zon Selatan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka dekat Lancang Merlimau, 29 Nov 2023. --fotoBERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se