KUALA LUMPUR: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dicadang distruktur semula bagi penambahbaikan jabatan berkenaan secara keseluruhan, kata Pengarahnya Datuk Aidi Ismail.
Beliau berkata pihaknya masih dalam peringkat perbincangan untuk memperinci perkara itu dan ia akan dibentang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum dibawa ke peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam.
"Penstrukturan semula ini dicadangkan berikutan terdapat dua atau tiga fungsi antara jabatan yang bertindih contohnya Unit Kereta Peronda Polis yang sekarang ini di bawah JPJKK tetapi mungkin akan diletakkan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
"Antara jabatan yang akan terlibat dalam proses perbincangan dan penstrukturan semula ialah JPJKK, KDNKA dan Jabatan Siasatan Jenayah," katanya kepada Bernama hari ini.
Aidi berkata setakat ini belum ada kata putus mengenai perkara itu namun laporan lengkap penstrukturan yang baharu itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan dua sebelum dibentang kepada Ketua Polis Negara.
Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan JPJKK akan dibubar seperti yang tular menerusi media sosial sebaliknya menegaskan unit pencegahan jenayah jabatan itu adalah elemen penting dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
JPJKK ditubuhkan pada 9 Jun 2014 bertujuan merangka strategi, melaksanakan inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan
Sebagai peneraju utama pencegahan jenayah bagi mengekalkan Malaysia aman dan sejahtera, jabatan itu juga berperanan dalam mencegah jenayah secara holistik ke arah kewujudan komuniti sejahtera.
Antara fungsi jabatan itu ialah mencegah jenayah, menghapus peluang jenayah, memperkasa komuniti dengan mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah jenayah, menangani persepsi negatif masyarakat dan penasihat komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022

JPJKK ditubuhkan pada 9 Jun 2014 bertujuan merangka strategi, melaksanakan inisiatif dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan. - Gambar hiasan

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Sah kembali ke Bukit Aman, Nik Ezanee teruja mahu berikan terbaik
Nik Ezanee akan mula bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bermula 1 Jun ini.

JPJKK tidak dibubar, tapi akan distruktur semula - Bukit Aman
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dicadang distruktur semula bagi penambahbaikan jabatan berkenaan secara keseluruhan, kata Pengarahnya Datuk Aidi Ismail.

Ketua JPJKK Pulau Pinang meninggal dunia
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang SAC Zundin Mahmood meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana jangkitan paru-paru.

Keke Challenge: Jangan abai keselamatan diri
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman menasihatkan supaya orang ramai tidak terlalu ghairah melakukan 'Keke Challenge' ini hingga mengabaikan keselamatan diri.