Skip to main content

Malaysia

JPM Hal Ehwal Agama teliti kes 288 individu berkaitan Jemaah Ahmadiyah Qadiani - Zulkifli

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status penahanan 288 individu berkenaan serta status tindakan terhadap ajaran Ahmadiyah Qadiani. - Gambar fail/Bernama
Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status penahanan 288 individu berkenaan serta status tindakan terhadap ajaran Ahmadiyah Qadiani. - Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mendapatkan maklumat terkini mengenai penahanan 288 individu dikaitkan dengan jemaah Ahmadiyah Qadiani di Sabah.
  • Zulkifli Hasan menyatakan maklumat lanjut diperlukan sebelum perkembangan kes dapat dimaklumkan kepada pihak berkepentingan.
  • Sebelum ini, 300 individu termasuk 12 pemimpin kumpulan ajaran sesat ditahan dalam operasi bersama JHEAINS dan PDRM di Sabah.

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini dalam proses mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini mengenai penahanan 288 individu yang dikaitkan dengan jemaah Ahmadiyah Qadiani di Sabah pada 31 Mei lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata beliau perlu mendapatkan maklumat terlebih dahulu sebelum dapat memberikan perkembangannya kepada semua pihak berhubung kes berkenaan.

“Nanti kita ambil maklum tentang pembaharuan (kes itu), setakat mana perkembangan kes tersebut sebab ini soalan baharu. Saya kena siasat dahulu dan dapatkan maklumat,” katanya dalam sidang media mengenai Majlis Sama’ Jami’ al-Tirmizi dan al-Syamail al-Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026 di sini hari ini.

Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status penahanan 288 individu berkenaan serta status tindakan terhadap ajaran Ahmadiyah Qadiani. 

Sebelum ini, 300 individu termasuk 12 pemimpin dan penganjur utama kumpulan ajaran sesat, ditahan dalam operasi penguatkuasaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah.

Susulan itu, Zulkifli dilapor berkata kerajaan memperkukuh kerjasama rentas agensi menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan bagi membendung penularan ajaran sesat yang semakin banyak melalui platform digital dan rentas sempadan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement