ALOR SETAR:Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan memperkenalkan satu modul khas sebagai inisiatif untuk membantu perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Exco Pendidikan Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata inisiatif berkenaan merupakan platform bagi membantu kumpulan pelajar yang berada di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet atau mempunyai capaian internet yang rendah.
Jelas beliau, melalui modul berkenaan, satu pendekatan secara manual akan dilaksanakan pihak pengurusan sekolah bagi mengagihkan secara fizikal nota dan latihan yang dibekalkan kepada waris.
Tambahnya, pendekatan berkenaan dianggap mencapai tahap memuaskan apabila dilaksanakan ketika penguatkuasaan Perintah Kawasalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling sebelum ini.
"Pihak jabatan (Pendidikan Negeri Kedah) telah mengadakan satu modul khas bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet dan ini melibatkan ibu bapa supaya datang ambik (latihan dan nota) sama macam sebelum ni," katanya lagi.
Najmi berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan hari pertama persekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar pada Rabu.
Sebelum ini, Astro Awani memaklumkan bahawa pelajar yang beberapa daerah di Kedah terutama di Sik, Baling, Padang Terap dan Pendang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan capaian internet terutama ketika menjalankan kelas secara atas talian.
Susulan itu, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang lepas, mengesahkan bahawa sebanyak 25 menara telekomunikasi baharu yang sedang dalam proses pembinaan di seluruh Kedah dijangka siap dan beroperasi secara berperingkat bermula suku pertama tahun ini.
Menurutnya, pembinaan itu merupakan salah satu langkah penambahbaikan jaringan telekomunikasi untuk meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di negeri ini.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jan 20 2021
![JPN Kedah perkenal modul khas bantu proses PdPR JPN Kedah perkenal modul khas bantu proses PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611110686_PdPR.jpg)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah akan memperkenalkan satu modul khas sebagai inisiatif untuk membantu perlaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). -Astro AWANI
![Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738940860_AaronAgo.jpg)
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
![Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734335233_TBFADHLINA.jpg)
Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.
![Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732782484_TBbanjirPerlis.jpg)
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
![KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732183186_AzmanAdnan.jpg)
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
![Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722924219_RolandSagahWeeInn.jpg)
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
![Belanjawan 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan, perkasa reformasi pendidikan tumpuan KPM Belanjawan 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan, perkasa reformasi pendidikan tumpuan KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721721165_FadhlinaSidek.jpg)
Belanjawan 2025: Pelan Pembangunan Pendidikan, perkasa reformasi pendidikan tumpuan KPM
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang bakal berakhir serta pelaksanaan agenda reformasi pendidikan dalam negara antara fokus Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2025.
![Apple Learning Coach perkasakan kompetensi digital guru - KPM Apple Learning Coach perkasakan kompetensi digital guru - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722063480_tbApple.jpg)
Apple Learning Coach perkasakan kompetensi digital guru - KPM
KPM bekerjasama dengan Apple untuk laksanakan Apple Learning Coach bertujuan membimbing guru memanfaatkan sepenuhnya teknologi Apple.
![Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714531536_Sekolah.jpg)
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
![Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692771625_MuridSekolah.jpg)
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
![Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682850378_MuridSekolah.jpg)
Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.
![KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692869046_membaca.jpg)
KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).