KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor digesa supaya mengadakan perbincangan bersama masyarakat Orang Asli berhubung cadangan untuk mengisytiharkan tanah adat Orang Asli sebagai Tanah Kesultanan seperti yang dititahkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini.
Dolah Tekoi, Pengerusi Jaringan Pertubuhan Orang Asli Johor (JPOAJ) pada Selasa menyatakan kekecewaannya kerana tidak diberi peluang untuk menyuarakan pandangan berhubung cadangan itu.
“Mengapa bila terkena kepada tanah Orang Asli maka kami dipaksa untuk ierima tanpa ada hak lagi untuk memberi pandangan dan cadangan?
“Malah kerajaan langsung tidak mahu berbincang atau berunding dengan kami,” kata Dolah menerusi satu kenyataan.
Sultan Ibrahim sebelum ini menitahkan cadangan supaya tanah adat Orang Asli diisytiharkan sebagai Tanah Kesultanan bagi melindungi kawasan tersebut daripada diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan haram.
Namun, tegas Dolah, sekiranya terdapat bukti berlaku pencerobohan, tindakan seharusnya diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Jika benar ada bukti berlaku pencerobohan berleluasa, maka kerajaan harus mengambil tindakan terhadap pihak ini sahaja tetapi bukan ke atas seluruh tanah Orang Asli.
“Jika ingin menghalang pencerobohan hutan maka kerajaan haruslah mengiktiraf tanah adat Orang Asli yang dikawal oleh kami secara sah mengikut peta komuniti yang munasabah yang kami sediakan kerana keluasan rizab Orang Asli yang diberi sekarang sangat kecil dan tidak memadai,” ujarnya.
Sehubungan itu, Dolah menyeru kepada pihak berkuasa supaya duduk semeja bagi membincangkan isu itu bersama masyarakat Orang Asli.
“Tidak salah jika kerajaan memanggil kami yang faham untuk duduk berbincang dan berunding bagi mendengar penjelasan dan cadangan supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.
“Bukan hanya memberitahu Orang Asli yang tidak faham atau mengugut semua Tok Batin bahawa mereka akan dilucutkan jawatan jika ada yang membantah. Ini bukan tindakan yang berani, tetapi lebih kepada memaksa kerana ada agenda tersembunyi,” tegasnya.
Pada minggu lalu, lebih 200 Orang Asli berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar untuk membuat bantahan secara aman serta menyerahkan memorandum untuk membantah cadangan mengubah status tanah rizab mereka di negeri itu kepada Tanah Kesultanan.
Nailah Huda
Tue May 16 2023

Minggu lalu, lebih 200 Orang Asli berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar untuk menyerahkan memorandum bagi membantah cadangan mengubah status tanah rizab mereka di negeri itu kepada Tanah Kesultanan. - Foto/Facebook KUASA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JPOAJ gesa kerajaan Johor duduk semeja bincang cadangan Tanah Kesultanan
Kerajaan negeri Johor digesa supaya berbincang bersama masyarakat Orang Asli berhubung cadangan untuk menukar tanah adat mereka kepada Tanah Kesultanan.