SEGAMAT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir bermula hari ini hingga 1 Disember di Segamat, susulan air sungai yang semakin meningkat dan akan melepasi paras bahaya.

JPS dalam kenyataan menerusi laman X memaklumkan, jangkaan banjir itu meliputi kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer dari Lembangan Sungai Muar, Kampung Usahajaya, Taman Gemas Baru, Taman Bintang dan Kampung Bukit Tunggal.

Lokasi lain yang dijangka terjejas banjir ialah Kampung Bangas, Kampung Tandung, Kampung Awat, Kampung Pudu, Kampung Seberang Badak, Kampung Paya Lebar, Kampung Padang Kiambang, Kampung Mensudut Lama, Mensudut Pindah, Kampung Jabi dan Kampung Lembah Bakti.

Selain itu, turut diramal dinaiki air, Kampung Paya Lenga, Kampung Gubah, Jalan Pemuda, Felcra Sekijang, Kampung Tungku Tiga, Kampung Sekijang, Kampung Pogoh Tengah, Kampung Spang Loi.

Kampung Balai Badang, Kampung Serdang, Kampung Chodan, Kampung Bukit Senggir, Kampung Lubuk Lanjut, Kampung Tandong dan Kampung Batu Lima.

Kenyataan itu memaklumkan, banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan terlibat.

Amaran dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Segamat dan orang ramai diminta untuk mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi pengurusan bencana.