KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa taktik penipuan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tampil membuat laporan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata hal ini kerana hanya individu berkenaan yang boleh membuat pengesahan sekiranya wajah dan suara digunakan tanpa pengetahuan mereka untuk sebarang aktiviti yang menjurus kepada jenayah penipuan.
"Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku... 'deepfake' memang sesuatu yang sangat menyukarkan kerana ia memerlukan kesahihan orang yang menjadi mangsa.
"Contohnya apabila melibatkan pemimpin politik, hanya individu itu sahaja yang dapat menidakkan dan memberi pengesahan sekiranya terkesan dengan taktik terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Ramli berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan membabitkan taktik seumpama itu namun menasihati orang ramai untuk tampil sekiranya menjadi mangsa.
Beliau berkata pemerhatian pihaknya mendapati masyarakat dilihat cenderung terperdaya taktik 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi AI terutamanya membabitkan individu berpengaruh seperti ahli politik, ahli perniagaan dan selebriti.
Menurut Ramli penghasilan video yang menggunakan imej serta suara individu berpengaruh itu juga boleh 'membuka' ruang kepada jenayah komersial.
"Taktik ini boleh beransur kepada kegiatan (jenayah) komersial contohnya boleh berlaku video daripada mereka yang berpengaruh seperti ahli politik, selebriti menggalakkan orang untuk melabur di negara ini menerusi skim tidak betul.
"Penularan video 'deepfake' ini juga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta keadaan tidak harmoni jika tidak dibendung dari awal," katanya sambil menambah masyarakat diminta lebih berhati-hati dan mendapatkan pengesahan berkaitan sesuatu perkara yang tersebar sebelum menjadi mangsa.
Hari ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menasihati orang ramai untuk berwaspada dengan taktik penipuan 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi AI selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi mangsa kepada taktik terbabit.
Menurut Fahmi penggunaan AI sememangnya membantu pembangunan negara, namun ada pihak yang menyalahgunakan teknologi berkenaan.
Semalam penyanyi nombor satu negara itu dilaporkan mendedahkan taktik terkini digunakan 'scammer' yang dipercayai menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

RAMLI: Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

'Deepfake' berunsur lucah dihasilkan AI bakal jadi kesalahan jenayah di Britain
'Deepfake' ialah video, gambar atau klip audio yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk kelihatan seperti benar.

Waspada penipuan 'deepfake' tiru suara kenalan, lebih 400 kes kini disiasat - Polis
Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun tertentu yang merupakan akaun keldai.

SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.

JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis
"Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku."

Bruce Willis nafi jual wajahnya untuk digunakan dalam teknologi 'deepfake'
Jurucakap pelakon itu memberitahu BBC bahawa "tiada perkongsian atau perjanjian" dibuat dengan syarikat itu.

'Ratu Elizabeth' bertiktok, bawa mesej bahaya teknologi 'deepfake'
Klip itu mengajak penonton untuk berfikir apakah yang dilihat dan didengar membawa mesej atau maksud yang sebenarnya.