IPOH:Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak telah membuka sebanyak 10 kertas siasatan ke atas sebuah syarikat sarung tangan di kawasan perumahan Tasek di sini yang didapati melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Pengarah JTK Perak Muhamad Fauzi Abd Ghani berkata siasatan itu dijalankan selepas pihaknya mengesan kesalahan di salah sebuah daripada asrama tempat penginapan pekerja yang dimiliki syarikat berkenaan dalam operasi dilaksanakan bersama Jabatan Kesihatan negeri pada November tahun lepas.
"Kita akan meneruskan tindakan dan kini dalam proses akhir untuk pendakwaan," katanya ketika ditemui pemberita pada Ops Khas ke Atas Asrama dan Penginapan Pekerja di bawah Akta 446 melibatkan 15 anggota JTK Perak yang dijalankan di sekitar Chemor di sini hari ini.
Kesalahan yang dikesan ketika operasi di syarikat sarung tangan berkenaan antaranya tempat penginapan disediakan melebihi kapasiti serta jumlah bilik air tidak sepadan dengan jumlah pekerja yang menginap.
Operasi itu turut mendapati aspek kebersihan di tempat penginapan terbabit terabai dengan keadaan dalam rumah berselerak selain tempat penginapan terbabit tidak mempunyai surat perakuan penginapan dikeluarkan JTK.
Sekiranya sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 untuk seorang pekerja.
Mengenai operasi yang dijalankan bermula pukul 10 pagi tadi di beberapa asrama pekerja sebuah kilang plaster siling, Muhamad Fauzi berkata pihaknya mengesan kilang berkenaan turut gagal mematuhi peruntukan ditetapkan mengikut Akta 446 malah tidak mendapatkan perakuan penginapan pekerja daripada JTK.
"Pemeriksaan mendapati keadaan asrama terlalu daif, kotor dan tidak sepatutnya majikan memberi kemudahan yang sebegitu kepada pekerja.
Kalau mengikut peruntukan undang-undang, majikan perlu menyediakan tandas, tempat masak dan tempat tinggal yang bersesuaian," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan turut mendapati ruang antara dua katil jenis dua tingkat kurang dari 0.7 meter yang dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja.
Susulan itu, sebanyak empat kertas siasatan dibuka ke atas majikan syarikat plaster siling berkenaan di bawah Akta 446 bagi tindakan lanjut.
Katanya JTK memulakan tindakan penguatkuasaan pada tahun ini selepas pihaknya memberikan pendidikan kepada para majikan supaya memohon sijil penginapan daripada JTK dan majikan yang gagal menyediakan perkara ditetapkan di bawah undang-undang di asrama penginapan pekerja akan dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Kesalahan yang dikesan ketika operasi di syarikat sarung tangan berkenaan antaranya tempat penginapan disediakan melebihi kapasiti serta jumlah bilik air tidak sepadan dengan jumlah pekerja yang menginap. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

JTK sedang siasat klinik kesihatan tidak bayar gaji pekerja sejak bulan lalu
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengesahkan Jabatan Tenaga Kerja sedang menyiasat dakwaan itu.

Gagal patuhi Akta 446, ramai majikan masih sediakan asrama 'meloyakan'
Terdapat kes pekerja warga asing dari Nepal, Myanmar dan Bangladesh terpaksa berhimpit di ruang yang kecil.

Exco kecewa majikan 'degil' biar pekerja tidur atas papan
Kawasan penginapan juga sangat kotor dan menjijikkan termasuk bilik air daif dipercayai terpaksa dikongsi kira-kira 27 pekerja warga asing lebih 10 tahun lalu.

Majikan sektor swasta perlu beri satu hari tambahan pada kelepasan am berbayar
Sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini jatuh pada 1 dan 2 Feb yang bertindih dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Feb.

JTK diarah siasat dakwaan buruh paksa dalam syarikat ATA IMS
Saravanan berkata beliau telah melawat kilang itu dan berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan syarikat.

Akta 446: Gagal sediakan penginapan pekerja yang diperakukan JTK, syarikat didenda RM20,000
Syarikat berkenaan juga didapati tidak memohon perakuan penginapan daripada JTK untuk penginapan pekerja yang terletak di belakang kilang pemprosesan makanan itu.

294 majikan di Kedah dikesan gagal sediakan penginapan sesuai kepada pekerja
Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Hanya 25 dari 5,000 majikan mohon perakuan penginapan - JTK NS
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Sembilan menggesa majikan di negeri ini untuk segera memohon Perakuan Penginapan kerana setakat ini hanya 25 daripada 5,000 majikan membuat permohonan tersebut.

JTK buka 10 kertas siasatan ke atas syarikat sarung tangan di Ipoh
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak telah membuka sebanyak 10 kertas siasatan ke atas sebuah syarikat sarung tangan di kawasan perumahan Tasek.