ALOR GAJAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka membuka satu kertas siasatan terhadap seorang pengusaha stesen minyak selepas disyaki menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata tindakan diambil susulan satu video tular memaparkan seorang lelaki disyaki warga asing berusia 30-an menaiki kenderaan bernombor pendaftaran negara asing jenis Toyota Prius mengisi petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Ahad lepas.
"Berdasarkan video itu, hasil pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup mendapati lelaki itu membayar RM23.17 melalui transaksi terminal pembayaran luar (OPT) untuk membeli RON95 pada 4.35 petang dan mengisinya di pam minyak yang agak tersorok selepas berlegar-legar di kawasan stesen minyak itu.
"Tindakan warga asing itu ditegur seorang pemandu e-panggilan menyebabkan lelaki itu tergesa-gesa meninggalkan pam minyak terbabit manakala pengusaha stesen minyak itu pula memberi alasan tidak nampak kejadian itu kerana kedudukan pam agak terselindung," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata tindakan terhadap pengusaha stesen minyak berusia 30-an itu diambil selaras arahan dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022, yang melibatkan larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing.
"Kita tidak boleh terima alasan pengusaha stesen minyak itu kerana semua sedia maklum larangan berkenaan sudah dikuatkuasakan sejak 17 Jun 2022, malah terdapat notis larangan dilekatkan di setiap stesen minyak.
"Jadi pengusaha itu telah melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, yang menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122)," katanya.
Norena berkata jika disabit kesalahan, pengusaha stesen minyak itu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
KPDN Melaka, katanya mengingatkan semua pengusaha stesen minyak mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa manakala pengguna dialu-alukan membuat aduan berkaitan salah laku seperti insiden seumpama ini melalui medium disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2024

KPDN Melaka mengingatkan semua pengusaha stesen minyak agar mematuhi peraturan dan undang-undang manakala pengguna dialu-alukan membuat aduan berkaitan salah laku melalui medium disediakan.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Maksimum 20 liter diesel untuk kenderaan asing 30 km dari sempadan Indonesia, Brunei
Kenderaan asing hanya dibenarkan isi minyak diesel tidak lebih 20 liter di stesen minyak Sabah dan Sarawak yang beroperasi dalam radius 30 kilometer dari sempadan Brunei atau Indonesia.

Singapura ketatkan had pelepasan asap kenderaan diesel asing mulai April 2026
Had 50 HSU adalah selaras dengan piawaian pelepasan di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Barangan dalam Transit.

Jual RON95 kepada kenderaan asing, pengusaha stesen minyak dikenakan tindakan
Norena berkata tindakan terhadap pengusaha stesen minyak berusia 30-an itu diambil selaras arahan dikuatkuasakan pada 17 Jun 2022.

Kerajaan kaji lokasi bangun stesen minyak tanpa subsidi di Johor Bahru
Kajian terperinci perlu kerana Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari republik itu mengisi petrol di Johor Bahru.

Petrol bersubsidi: KPDNHEP pertimbang cadangan pamer notis di pintu sempadan
Usaha elakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.

Masalah kenderaan asing beli petrol RON95 kini berkurangan
Masalah kenderaan berdaftar asing mengisi petrol RON95 di Malaysia kini telah reda selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran berhubung perkara itu.

Pengusaha stesen minyak jual petrol bersubsidi kepada kenderaan asing berdepan tindakan tegas
Pengusaha stesen minyak yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan termasuk motosikal bernombor pendaftaran asing akan dikenakan tindakan tegas.

Larangan kenderaan ada saman masuki Singapura, Malaysia akan bincang
Malaysia akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Singapura berhubung perintah negara itu yang melarang kenderaan asing yang memiliki denda atau saman tertunggak memasuki Singapura.

Singapura mungkin tidak benarkan masuk kenderaan asing mempunyai denda belum dijelaskan mulai 1 April
Pemandu asing dinasihatkan supaya menyemak sama ada mereka mempunyai denda yang belum dijelaskan.

Malaysia mungkin laksana VEP hujung tahun ini - JPJ
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Saharuddin Khalid berkata sistem permit itu kini dalam peringkat ujian akhir, sebelum dimuktamadkan Kementerian Pengangkutan.