KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) digesa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjual ubat Ivermectin.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (PFM), Amrahi Buang berkata ubat tersebut yang belum dibuktikan mujarab untuk merawat dan mencegah COVID-19 telah dijual sama ada secara tertutup mahupun secara terbuka.
Jelasnya, tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.
“Saya cadangkan semua pihak ini memainkan peranan yang lebih aktif dan proaktif untuk tutup platform jualan dalam talian yang berleluasa sekarang.
“Sudah tiba masa kerajaan bertegas terhadap mereka ini, pihak berkuasa tidak boleh lagi bersikap lepas tangan.
“Tindakan perlu diambil untuk menutup platform terbabit agar keselamatan pengguna dapat diutamakan sekali gus membendung gejala tidak sihat ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan ubat itu masih lagi dalam kajian melibatkan 500 pesakit di 12 buah hospital KKM.
Dapatan kajian itu dijangka akan diterbitkan pada September ini sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Laporan kaji semula daripada Cochrane Reviews yang dikeluarkan pada 28 Julai lalu telah menyatakan bahawa kegunaan Ivermectin dalam rawatan jangkitan COVID-19 masih lagi tidak konklusif sama ada untuk kegunaan pencegahan ataupun tujuan rawatan.
“Maka tidak disarankan penggunaan ubat ini dan lebih banyak kajian lebih intensif perlu dilakukan,” katanya.
Pada 27 Julai lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini, KKM telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label untuk kajian klinikal sahaja.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jul 31 2021

Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. - Foto REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli farmasi bantah cadangan pengecualian cecair, gel nikotin dalam Akta Racun 1952
Amrahi berkata cadangan sedemikian akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia dan bukan untuk kepentingan negara.

Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.

Persatuan Farmasi Malaysia persoal penjualan kit ujian COVID-19 di MySejahtera
Menurut Presiden MPS Amrahi Buang, penjualan kit ujian hanya menerusi satu platform adalah tidak adil bagi industri farmasi komuniti.

Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

'Kalau kita tak ambil vaksin, negara lain akan ambil' - PFM
Memiliki bekalan vaksin COVID-19 merupakan satu kelebihan yang perlu disyukuri dan tidak boleh dipandang remeh.

Vaksin COVID-19: Mengapa guna 'picagari low dead-volume'?
Mengapa penggunaan jenis picagari tersebut amat ditekankan dan apakah kepentingan serta kelebihannya berbanding picagari lain?

Guru, pendidik perlu diberi keutamaan terima vaksin
Ia supaya sekolah-sekolah boleh dibuka semula dan demi memastikan persekitaran selamat untuk anak-anak serta memberikan kestabilan ekosistem pendidikan.