KUALA LUMPUR: Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
Tahun Baharu Cina kali ini juga diramal lebih meriah kerana orang ramai tidak lagi gusar atau ragu untuk bermain atau membakar mercun dan bunga api menjelang perayaan itu.
Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Kepong Baru, Kepong di sini mendapati sudah ramai peniaga mendirikan gerai di bahu jalan yang menawarkan pelbagai mercun dan bunga api.
Terdapat lebih 40 jenis bunga api dan mercun dijual di hampir setiap gerai dengan harga yang diselaraskan antara RM10 sehingga RM900, mengikut jenis, bilangan dan saiz.
Bagaimanapun para peniaga mengakui penjualan mercun setakat ini belum serancak seperti diinginkan kerana kebiasaannya pelanggan keluar membeli pada saat akhir.
"Sambutan sekarang masih belum 'panas'. Masih ada seminggu lagi untuk sambut Tahun Baharu Cina. Cina Malaysia punya stail, beli biasanya saat akhir ataupun tiga hari sebelum sambut Tahun Baharu Cina baru keluar beli barang.
"Ataupun mungkin sekarang ada sesetengah daripada mereka belum dapat gaji atau bonus," kata seorang peniaga mercun dan bunga api, Lee Poh Ann, 44.
Bagi Derrick Chan, 49, beliau yakin hasil jualan mercun dan bunga api pada tahun ini akan meningkat kerana urusan permit dan perlesenan untuk peniaga mercun dan bunga api kali ini lebih mudah.
"Saya sudah ada permit, sudah mohon dengan polis. Saya dah jual mercun dan bunga api lebih dari 10 tahun dekat sini. Kebanyakan pelanggan saya ialah pelanggan tetap.
"Saya rasa akan untung banyak ini kali. Tapi berniaga kena tengok cuaca juga. Kalau musim panas seperti masa sekarang oklah, tapi kalau hujan susah sikitlah," katanya.
Pada Februari tahun lepas, Kabinet membuat keputusan membenarkan jualan mercun dan bunga api mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
![Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681630987_Mercun.jpg)
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711276952_mercun.jpg)
MBSA benar jualan mercun, bunga api di empat bazar Ramadan
MBSA hanya membenarkan jualan mercun dan bunga api di empat bazar Ramadan di bawah kendaliannya sepanjang Ramadan kali ini.
![Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681630987_Mercun.jpg)
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
![Polis tahan lelaki jual mercun tanpa lesen Polis tahan lelaki jual mercun tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673245079_TokBengYeow.jpg)
Polis tahan lelaki jual mercun tanpa lesen
Suspek juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen dan melanggar syarat lesen dibenarkan.