PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menolak persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh bekas pengendali rumah judi Roseaini Johor, 49, dan pesara polis Rashid Mahmud, 62.
Persoalan itu ialah sama ada suatu premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal tergolong di dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka' di bawah Seksyen 2(d) akta berkenaan.
Vazeer Alam, yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah, dalam keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi Melaka bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan (mesin perjudian) itu wujud secara fizikal di premis judi.
"Kami berpendapat bahawa perkakasan yang disebut dalam Jadual Pertama (Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953) adalah memadai sekiranya ia wujud secara perisian komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian.
"Dalam pada itu, kami bersetuju dengan rumusan dan dapatan hakim Mahkamah Tinggi dan beliau telah menghuraikan secara terperinci definisi rumah perjudian terbuka serta mesin perjudian dan hakim itu telah membuat kesimpulan bahawa tiada keperluan dalam undang-undang untuk perkakasan itu wujud secara fizikal dalam premis," katanya.
Sehubungan itu, panel berkenaan menolak rayuan Roseaini dan Rashid untuk mengetepikan sabitan serta hukuman terhadap mereka.
Pada 2020, Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 selepas mendapati Roseaini bersalah menguruskan permainan judi dalam talian menggunakan dua set komputer kawalan utama dan 26 komputer riba di sebuah rumah di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka pada 11 Dis 2017 mengikut Seksyan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Rashid pula dihukum penjara sebulan dan didenda RM3,000 selepas didapati bersalah bermain judi atas talian menggunakan komputer riba pada tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 6(1) akta sama.
Mahkamah Tinggi Melaka mengekalkan hukuman penjara lima bulan terhadap Roseaini namun mengurangkan denda kepada RM5,000 manakala hukuman penjara terhadap Rashid diketepikan dan jumlah denda dinaikkan kepada RM5,000.
Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kedua-dua perayu berhujah bahawa perjudian dalam talian melanggar undang-undang jika terdapat roda rolet, bola rolet dan papan pertaruhan rolet seperti di bawah Jadual Kedua akta berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah pula berhujah bahawa apa sahaja kaedah perjudian sama ada dalam talian mahupun secara perkakasan fizikal adalah termasuk dalam kesalahan perjudian di bawah Akta 289.
"Apatah lagi dalam kes ini, komputer dan komputer riba adalah terjumlah kepada 'mesin perjudian.'
"Walaupun teknologi semakin berkembang, Akta 289 adalah terpakai kepada apa sahaja bentuk perkakasan yang lebih canggih dan selaras dengan kemajuan teknologi.
"Kesimpulannya, premis perjudian komputer secara dalam talian tanpa sebarang perkakasan fizikal termasuk definisi dalam takrifan 'rumah perjudian terbuka' di bawah Seksyen 2(d) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Perkakasan yang disebut dalam Jadual Pertama (Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953) adalah memadai sekiranya ia wujud secara perisian komputer yang digunakan untuk aktiviti perjudian. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.