KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula siasatan kes Zaidi Kanapiah atau Addy Kana dan dua anggota polis yang dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), berkaitan sindiket judi dalam talian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu.
“Datuk Seri Acryl Sani akan panggil dan berbincang dengan mereka (pegawai polis terlibat kendali kes Addy Kana) untuk melihat kelemahan siasatan kes berkenaan.
“Ia adalah untuk mengelakkan daripada berulang kembali (gugur kes POCA) dan saya tidak mahu PDRM dilihat seolah-olah bersikap semberono sahaja menggunakan peruntukan undang-undang mengenakan POCA ikut sesuka hati tanpa kualiti yang mungkin menyebabkan seseorang itu teraniaya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Semalam, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan selepas membenarkan rayuan mereka terhadap permohonan writ habeas corpus supaya dibebaskan dengan serta-merta.
Abdul Hamid berkata siasatan kes melibatkan sindiket judi dalam talian memang rumit dan pihak polis juga perlu mengambil kenyataan daripada pelbagai pihak untuk dinilai.
“Sekiranya cukup bukti, kami akan terus bawa ke mahkamah untuk pendakwaan dan PDRM tidak akan ambil pendekatan dengan sengaja untuk buat kerja secara cincai (sambil lewa) dan ia (kes Addy Kana) akan dikaji kembali,” katanya.
BACA: 'Datuk Addy Kana', 2 anggota polis dibebaskan daripada tahanan POCA
Sementara itu, pada majlis berkenaan seramai 25 pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis menerima Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM kerana melaporkan pemberian dan penerimaan kes rasuah.
“Tindakan menolak pemberian sogokan dan melaporkan aktiviti terkutuk itu adalah satu keberanian yang ada kalanya sukar dilakukan oleh segelintir pihak.
“Saya berikan amaran bahawa tahap integriti dan pematuhan standard pasukan PDRM masih berada di tahap yang membimbangkan dan penahanan-penahanan yang dilakukan terhadap warga PDRM atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa bukti PDRM tidak kompromi terhadap perbuatan sedemikian,” katanya.
Turut hadir sama, Acryl Sani dan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021
Abdul Hamid berkata siasatan kes melibatkan sindiket judi dalam talian memang rumit dan pihak polis juga perlu mengambil kenyataan daripada pelbagai pihak untuk dinilai. - Gambar fail
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
AWANI Tonight: Trump to send some migrants to Guantanamo Bay
U.S. President Donald Trump orders the construction of a migrant detention facility at Guantanamo Bay with a capacity of up to 30,000, targeting criminal illegal immigrants.
AWANI Tonight: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
Hamas and Israel conduct a third hostage exchange—Hamas releases eight captives, including three Israelis and five Thai nationals, while Israel is set to free 110 Palestinian prisoners.
AWANI Tonight: Digitalisation: Changing mindsets, narrative for SMEs
SAMENTA's Datuk William Ng shares key insights on what SMEs really need to tackle challenges in digital transformation.
AWANI Tonight 30 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Floods: Over 6,700 victims in Sabah, Sarawak
2. Gaza ceasefire: Hamas, Israel carry out third exchange of hostages
#AWANIEnglish #AWANINews
Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Judi dalam talian: PDRM semak semula siasatan pembebasan Addy Kana, dua angota polis
Perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu.