PETALING JAYA: Lebih 10.8 juta rakyat sudah mengemas kini profil mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat jam 12 tengah hari pada Ahad.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, jumlah itu meningkat kira-kira 200,000 berbanding 10.61 juta yang direkodkan pada tengah malam Sabtu.
Menurutnya, beliau optimis pendaftaran pada hari terakhir akan mencecah 50 peratus.
Katanya lagi, meskipun pendaftaran dilihat meningkat sejak beberapa hari lepas, namun sepanjang 90 hari dibuka, sistem PADU masih berjalan dengan lancar.
“Setakat ini sistem kita masih berjalan lancar walaupun kita tahu trafiknya agak tinggi. Ini satu perkara yang saya rasa perlu uar-uarkan.
“Sejak ia dilancarkan pada 2 Januari, sistem PADU ini berjaya kukuh, tanpa ada downtime. Maknanya, tiada masa satu minit pun sistem ini tersekat atau tidak boleh diakses.
“Maknanya sistem ini sentiasa beroperasi 24 jam. Kita doakan sehingga ke akhir nanti bila ia ditutup, ia dapat merekodkan satu pencapaian yang tinggi.
“Ia sekali gus menunjukkan kekukuhan PADU untuk memberi servis kepada orang ramai untuk mengemas kini maklumat sosio ekonomi masing-masing,” katanya.
Tambahnya, meskipun sukar untuk mendapat jumlah pendaftaran 100 peratus, namun separuh daripadanya merupakan pencapaian yang baik.
Antara negeri mencatatkan peratusan mencecah 50 peratus ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, manakala Johor dan Selangor masih dalam lingkungan 40 peratus.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, sebanyak 1,092 kaunter pendaftaran PADU dibuka di seluruh negara pada Ahad dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pendaftaran secara dalam talian untuk sistem tersebut akan tamat pada 11.59 malam ini.
Beliau berkata demikian pada Program Pendaftaran Padu Bersama Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM) di Petaling Jaya pada Ahad.
Ridauddin Daud
Sun Mar 31 2024

Mohd Uzir (tengah) pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Mesra Datuk Bandar Petaling Jaya ke Flat Sri Aman & Program Pendaftaran Padu Bersama Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di Flat Sri Aman hari ini. -Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.

Sebabkan kematian Syed Muhammad Danial, lelaki kekal dipenjara 16 tahun
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).

Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.

Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.

Hampir 50 peratus belum daftar, Perak harap tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan - Exco
Masih terdapat hampir 50 peratus rakyat di Perak masih belum mendaftar, kebanyakannya dalam kalangan penduduk di kawasan pedalaman.

Kaedah bersemuka masih jadi pilihan warga emas untuk penerangan sistem PADU
Kaedah bersemuka masih lagi menjadi pilihan dalam kalangan warga emas untuk memahami pelaksanaan sistem PADU dengan lebih jelas.