Jumlah hutang dan anggaran pendapatan negara pada tahun ini antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu itu terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) kepada Menteri Kewangan.
Lau turut bertanyakan apakah langkah yang diambil bagi memulihkan ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak COVID-19.
Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau (Bersatu-Libaran) pula meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sejauh mana tahap pelaksanaan dasar penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang berkuat kuasa pada 1 Jan lepas.
Zakaria turut bertanyakan adakah kementerian bercadang memperluaskan pelaksanaan CRS itu ke sektor pengangkutan awam.
Sementara itu, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) akan mengajukan soalan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai langkah diambil kementerian dalam memastikan kepuasan hati rakyat terhadap kualiti dan penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital yang disediakan melalui MyFreeview.
Persoalan ekosistem cara hidup digital masyarakat Malaysia di luar bandar dan pedalaman yang tidak mendapat akses jalur lebar dan perkhidmatan 3G/4G memuaskan, turut dibangkitkan oleh Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 12 2020

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos. - Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

PRU15: Cabaran untuk semua parti raih undi pengundi muda - DAP
Alice Lau Kiong Yieng berkata kebanyakan pengundi muda berusia 18 tahun masih tidak berminat untuk mengundi.

Ahli Parlimen Lanang positif COVID-19
Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19.

Jumlah hutang, pendapatan negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lau turut bertanyakan apakah langkah yang diambil bagi memulihkan ekonomi serta meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak COVID-19.

36 kes kesalahan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak
Kementerian bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi melaksanakan pelbagai program dan inisiatif ke arah mengurangkan berlakunya kes sumbang mahram.