KUALA LUMPUR: Keadaan banjir secara keseluruhan bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Melaka, Pahang, dan Selangor mencatatkan penurunan tengah hari ini.
Bagaimanapun, Kelantan yang diramal banjir bermula 8 malam ini menunjukkan pertambahan jumlah mangsa apabila seramai 510 orang daripada 145 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir tengah hari ini berbanding 31 orang, pagi tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana JKM, lapan PPS dibuka di Kelantan melibatkan tujuh di Jeli dan satu di Pasir Mas.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya, hanya satu sungai mencatatkan paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu turun kepada 977 orang daripada 244 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS setakat tengah hari ini berbanding 2,281 orang daripada 563 keluarga di 13 PPS pagi tadi.
Polis Selangor memaklumkan tiga jalan masih ditutup setakat 11.30 pagi ini untuk laluan kenderaan iaitu di Jambatan FT 31 Dengkil - Banting dan Jalan Genting Peras - Kuala Klawang kerana dinaiki air banjir selain jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir.
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan di satu dua tempat akan berlaku di Selangor bermula pagi hingga malam ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir pada tengah hari ini berkurangan sedikit berbanding pagi tadi kepada 5,459 orang di 43 PPS, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mangsa banjir paling ramai direkodkan di Temerloh diikuti Pekan, Bentong, Kuantan dan Maran.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang melaporkan enam lokasi jalan masih ditutup iaitu Jalan Southern Loop di Bentong; Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut); Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran); dan Jalan Ulu Dong (Raub).
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir terus turun kepada lapan orang daripada dua keluarga setakat 12 tengah hari ini berbanding 16 orang daripada empat keluarga pada 8 pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa terlibat masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Benteng di Jasin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Menurut aplikasi Info Bencana JKM, lapan PPS dibuka di Kelantan melibatkan tujuh di Jeli dan satu di Pasir Mas. - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.