KUALA SELANGOR: Kes penagihan dadah di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini iaitu kepada 118,920 penagih, berbanding 93,534 yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon berkata trend peningkatan itu dilihat semakin merisaukan dengan lebih separuh jumlah tersebut terdiri daripada golongan belia.
"Pada tahun lepas lebih 137,000 penagih dadah direkodkan dan 65 peratus daripada jumlah penagih itu melibatkan golongan belia dan remaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Media AADK, di sini malam tadi.
Katanya, berdasarkan trend penyalahgunaan bahan terlarang itu dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, penggunaan dadah sintetik dilihat lebih tinggi berbanding dadah organik.
Dalam pada itu, Sutekno mendedahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu antara negeri yang mencatatkan nisbah tertinggi bagi setiap 100,000 penduduk terlibat dengan masalah penyalahgunaan, manakala Selangor mencatatkan jumlah penagih tertinggi.
Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan golongan remaja dan belia terjerumus dalam kancah tersebut adalah waktu lapang mereka tidak diisi dengan sebarang aktiviti.
"Oleh kerana itu, kita telah lancarkan Skuad Antidadah pada tahun ini untuk memastikan golongan belia ada aktiviti yang berfaedah yang boleh dilaksanakan dan kita akan pelopori melalui skuad ini.
"Kita menyasarkan untuk menarik seramai satu juta ahli Skuad Antidadah menjelang pertengahan tahun hadapan dan setakat ini, kita telah memperoleh seramai 120,000 ahli." katanya.
Selain itu, pihaknya turut menyasarkan kadar penagihan dadah berada bawah 400 orang daripada 100,000 penduduk dalam negara ini menjelang 2025, berbanding 426 orang daripada 100,000 penduduk direkodkan tahun lepas, menerusi pelbagai inisiatif agensi itu.
Sutekno turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak menyembunyikan ahli keluarga yang terkesan dengan ketagihan dadah dan tampil ke AADK untuk mendapatkan rawatan.
"Mencegah itu lebih baik daripada mengubati dan ia perlu bermula dari rumah dan diketuai oleh keluarga itu sendiri yang sepatutnya melindungi anak masing-masing," ujarnya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Sutekno berkata trend peningkatan itu dilihat semakin merisaukan dengan lebih separuh jumlah tersebut terdiri daripada golongan belia. - Gambar fail
1 maut, 11 hilang kenderaan terjunam ke dalam terusan di Haryana, India
Seorang maut manakala 11 lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam Terusan Bhakra.
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada usia 81 tahun
Bekas Presiden Jerman Horst Kohler meninggal dunia pada Sabtu pada usia 81 tahun selepas mengalami sakit dalam tempoh singkat.
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.
'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.
Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
PPA juga sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan dan rawatan.