SHAH ALAM : Pihak polis mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan sebuah objek seperti mayat manusia berhampiran sebuah kedai motosikal di Seksyen 27 di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun selepas diperiksa 'mayat' tersebut hanyalah sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik.
"Satu bungkusan menyerupai mayat manusia dijumpai di Seksyen 27 pada 8 Februari jam 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn Bhd.
"Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai 'no offence disclosed' (NOD) berikutan tiada sebarang kesahan jenayah dalam kes tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut," katanya.
Kejadian tersebut turut tular selepas gambar penemuan 'mayat' berkenaan dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Feb 09 2022

Pemeriksaan mendapati 'mayat' tersebut hanyalah sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik. - Gambar/ Sinar Harian

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Mayat wanita ditemukan dalam rumah, polis klasifikasi sebagai mati mengejut
Kes seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya di Pangsapuri Siantan Taman Putra Perdana hari ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mayat wanita ditemui di dalam semak di Marang
Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan di dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali, di sini pada Khamis.

Mayat wanita separuh bogel ditemukan terapung di Pulau Perhentian
Mayat seorang wanita separuh bogel ditemukan terapung diperairan Pulau Perhentian, Besut.

Dua mayat ditemui, dua suspek ditahan
Dua suspek ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Mentakab pada Ahad.

Mayat wanita tersangkut di sangkar ikan
Anggota bomba bertindak menarik mayat itu dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Mayat wanita berbaju belang ditemukan terapung dalam sungai
Mayat lengkap berpakaian itu ditemui orang awam pada jam 1.18 petang.

Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdapat satu kesan luka pada bahagian atas kepala sebelah kanan.

Tiga suspek terkait kes mayat wanita dalam gaung, ditahan semula
Tiga suspek termasuk seorang remaja perempuan berumur 18 tahun yang direman sebelum ini susulan penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus-Seremban, ditahan semula hari

Mayat wanita dalam gaung: Tempoh reman tiga individu dilanjut
Reman terhadap dua lelaki berusia 41 dan 44 tahun serta wanita berusia 18 tahun itu disambung bermula esok hingga 4 April.

Jumpa 'mayat' berbungkus rupanya...
Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun selepas diperiksa 'mayat' tersebut hanyalah sebuah patung perempuan yang dibungkus dengan plastik.