JELI: Agensi berkaitan disaran mengambil tindakan kepada peniaga sekiranya mendapati berlaku jurang harga yang berlebihan tanpa alasan kukuh membabitkan bekalan keperluan asas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun mengakui terdapat jurang harga yang dijual di pasar berbanding di kampung seperti sayur-sayuran kerana ia melibatkan beberapa faktor antaranya kos logistik termasuk harga tambang kenderaan dan sebagainya.
"Perkara ini (jurang harga) antara yang kita kesan... jurang besar ada dikaitkan dengan kos logistik sebagai contoh bekalan keperluan itu dari kampung dan penghantaran ke pasar ia memerlukan kenderaan yang berkemungkinan melibatkan tambang yang mahal dan sebagainya.
"Tetapi sekiranya jurang itu berlebihan atau ketara, tindakan perlu diambil sekali gus bagi memastikan harga yang dikenakan adalah tidak melebihi daripada harga yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Keluarga Malaysia di Pasar Tani Ayer Lanas, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan Adnan Abd Rahman.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata bagi mengatasi masalah itu juga, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai program seperti Program Jualan Keluarga Malaysia di seluruh negara yang dilihat dapat meringankan beban rakyat.
Katanya, selain itu kerajaan telah mengenal pasti punca kenaikan kos sara hidup membabitkan beberapa faktor yang dikaitkan termasuk kekurangan bekalan keperluan yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak.
"Oleh itu, kita perlu tangani masalah ini dan seluruh jentera kerajaan telah pun dikerah, untuk mencari jalan bagaimana kita dapat tangani perkara ini," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pandangan sesetengah pihak yang menganggap Program Jualan Keluarga Malaysia sebagai mainan politik, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli itu menafikan perkara itu kerana kerajaan memandang serius untuk membantu rakyat dan program itu dapat memberi manfaat kepada rakyat bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021

Jika jurang itu ketara, tindakan perlu diambil sekali gus bagi memastikan harga tidak melebihi daripada yang sepatutnya. - Gambar hiasan

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

PKP 3: Kerajaan laksana Skim Kawalan Harga, elak peniaga ambil kesempatan
Skim itu kebiasaannya dilaksanakan sepanjang musim perayaan sahaja, namun kerajaan melihat ia perlu dibuat pada tempoh PKP.