PASIR GUDANG: Seorang jurukimpal maut ketika menjalankan kerja kimpalan ke atas paip keluli di sebuah kilang pembuatan paip di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata, kejadian itu berlaku jam 5 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan, JKKP mendapati bahawa mangsa mengimpal secara berdiri menghadap pangkal paip dan pada masa yang sama membelakangi hujung paip yang akan dikimpal.
"Kedua-dua paip tersebut berada pada jarak satu meter.
"Rakan mangsa telah mengaktifkan suis 'conveyor' bagi menggerakkan paip yang dibentuk ke proses seterusnya tanpa menyedari mangsa berada di antara kedua-dua paip tersebut.
"Mangsa berada pada jarak 15 meter daripada kedudukan suis 'conveyor'.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Rosdee berkata, pihak JKKP telah mengarahkan majikan untuk mengambil tindakan serta-merta ke atas sistem kerja selamat bagi proses kimpalan yang dijalankan di tempat kerja tersebut.
Selain itu katanya, majikan juga diarahkan untuk menyemak semula dan menambah baik prosedur kerja selamat serta penaksiran risiko bagi aktiviti kerja kimpalan kepingan besi.
Tegasnya, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang lain yang berkenaan. Ini merupakan satu kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Jurukimpal maut tersepit paip keluli
Sinar Harian
Sun Jul 04 2021

Seorang jurukimpal maut ketika menjalankan kerja kimpalan ke atas paip keluli di sebuah kilang pembuatan paip di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Jurukimpal didenda RM3,000 pecah cermin pintu depan rumah bekas isteri
Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Jurukimpal didakwa bunuh lelaki warga emas
Chin didakwa membunuh Wong Kim Miew, 71, pada 11.50 malam, 25 Nov lepas.

Tongkang terbakar: Seorang jurukimpal maut, lima masih terima rawatan
Yaser Abdullah meninggal dunia ketika ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 2 petang.

Jurukimpal mengaku tidak bersalah rogol remaja OKU
Tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun itu di sebuah rumah di Bachok pukul 4.45 petang pada 27 Jun 2020.

Jurukimpal rogol kanak-kanak OKU dipenjara 25 tahun, 20 sebatan
Seorang jurukimpal dihukum penjara 25 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun.

Jurukimpal maut tersepit paip keluli
Kejadian berlaku jam 5 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.

Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.

Tiga lelaki termasuk dua beradik didakwa kurung, pukul jurukimpal
Bagaimanapun pasangan adik beradik itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.