Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian abang kandungnya, 14 Mei lalu.
Tertuduh, Lim Hiang Haw, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menyebabkan kematian Lim Poh Haw, 59, di hadapan rumah No 6342 Sama Gagah, Permatang Pauh kira -kira jam 7.30 pagi 14 Mei lepas.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 304 ( b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Kamaliza Md Zain manakala tertuduh diwakili Peguam RSN Rayer.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM 10,000 dan perlu melapor diri ke balai polis bedekatan setiap bulan.
Kes disebut semula pada 17 Julai depan.
Pada 14 Mei lepas, seorang lelaki maut selepas kepalanya dihentak menggunakan alat pemadam api selepas dikatakan bergaduh dengan adiknya akibat perselisihan faham diantara mereka.
Astro Awani
Thu May 18 2017

Tertuduh, Lim Hiang Haw, 49, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap. - Gambar hiasan
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.

Adik didakwa kerana bunuh abang
Mangsa dipercayai sembunyi tiket penerbangan untuk halang adiknya pulang ke Pakistan menyebabkan tercetus pergaduhan.

Suspek bunuh, simen abang direman 7 hari
Si mati juga dikatakan selalu memakai baju itu yang menjadi antara penyebab berlaku pertengkaran antara mereka.

Bunuh, simen abang: 'Dia kuat agama, tak sangka jadi pembunuh' - Adik suspek
Mangsa ialah abang seibu dengan mereka tetapi berlainan ayah, manakala suspek pula ialah abang kandungnya.

Adik bunuh abang, simen mayat dalam tong air
Mayat mangsa berusia 34 tahun itu ditemui jam 7 pagi tadi selepas pihaknya menahan suspek yang juga adik mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan.

Adik bunuh abang, bungkus dalam plastik
Seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri, membungkusnya sebelum meletakkan mayat mangsa di belakang sebuah rumah kosong.

Juruteknik mengaku tidak bersalah bunuh abang kandung
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas kesalahan menyebabkan kematian abang kandungnya, 14 Mei lalu.

Lelaki bunuh abang dengan alat pemadam api direman empat hari
Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Lim Poh Hau, 59, maut ditempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala.