BUKIT MERTAJAM: Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town, dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata wanita berusia 45 tahun itu memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier pada 1 Dis lepas.
"Lelaki itu mendakwa terdapat bungkusan atas nama dan alamat wanita tersebut yang kononnya di dalam bungkusan berkenaan mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan pasport milik beberapa individu yang digunakan oleh mangsa untuk kegiatan jenayah.
"Mangsa menafikan bungkusan itu miliknya malah tidak pernah terlibat dalam mana-mana jenayah sebelum panggilan tersebut disambungkan kepada seorang lagi lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak," katanya kepada pemberita selepas walkabout dan advokasi Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Pasar Awam Taman Selamat, di sini hari ini.
Katanya pegawai polis itu mengarahkan wanita tersebut yang bekerja di Bayan Lepas agar mengikuti arahannya termasuk memindahkan sejumlah wang kepadanya jika tidak mahu ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan jenayah dengan menggunakan dokumen orang lain.
Mohd Shuhaily berkata wanita itu yang panik dan takut ditahan telah mengikut arahan suspek dengan memindahkan wang miliknya iaitu sebanyak RM1.9 juta kepada beberapa akaun yang diberikan oleh sindiket tersebut.
"Wanita itu juga turut meminjam wang daripada ahli keluarganya sebanyak RM700,000 dan membuat pinjaman bank RM329,000, semua duit tersebut turut dipindahkan kepada sindiket itu sejak 1 Dis hingga 6 Jan lepas," katanya.
Beliau berkata mangsa membuat sebanyak 129 transaksi dengan cara pemindahan dalam talian dan mesin deposit tunai (CDM) ke 26 akaun berbeza dipercayai milik rangkaian sindiket itu.
Katanya wanita itu hanya menyedari dia menjadi mangsa sindiket penipuan Macau Scam hanya selepas menceritakan kejadian tersebut pada rakan-rakannya pada 6 Jan lepas sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan itu dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tidak mudah terpedaya dengan sindiket tersebut," katanya menambah kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Mohd Shuhaily berkata wanita itu yang panik dan takut ditahan telah mengikut arahan suspek dengan memindahkan wang miliknya epada beberapa akaun yang diberikan oleh sindiket tersebut. - Fail/BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.

"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.

Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.

Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.

43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.

Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.