Mahkahamah Majistret di sini membenarkan seorang juruukur bahan ditahan reman enam hari bermula hari ini berhubung siasatan kes tuntutan palsu pembekalan geotube bagi projek pengindahan Sungai Melaka, Melaka.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman terhadap lelaki berusia 48 tahun itu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Johor Bahru, semalam.
Lelaki berkenaan pernah berkhidmat di syarikat milik ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' yang direman enam hari sejak semalam setelah ditahan di rumahnya di Johor Bahru pada Rabu.
Sumber SPRM berkata suspek berkemungkinan terbabit dalam kes mengemukakan tuntutan palsu RM13 juta berhubung pembekalan geotube (penggalian) bagi projek pengindahan dan pemulihan Sungai Melaka sejak 2012.
Semalam, enam individu termasuk Tan Sri berkenaan, anaknya, tiga pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan seorang pesara jabatan itu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang tinggi. -- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017

Jurukur bahan yang ditahan semalam berkaitan mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman hari ini. - Foto Bernama

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

Juruukur bahan direman bagi bantu kes tuntutan palsu RM13 juta
Mahkahamah Majistret di sini membenarkan seorang juruukur bahan ditahan reman enam hari bermula hari ini berhubung siasatan kes tuntutan palsu pembekalan geotube bagi projek pengindahan Sungai Melaka,