KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan dua kertas siasatan telah dibuka berhubung kes seorang remaja kurang upaya (OKU) berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan di sebuah rumah.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata satu kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara manakala satu lagi masih dalam siasatan.
“Dua kertas siasatan dibuka terhadap suspek dan kita buka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan ini telah selesai dan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 13 Julai, kes dalam kajian pihak Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Sementara itu, Siti Kamsiah turut memaklumkan berhubung satu lagi kes yang masih berada di peringkat siasatan pihak polis melibatkan saksi yang telah diambil keterangan.
Meskipun permohonan reman sebelum ini ditolak namun katanya ia tidak bererti siasatan dihentikan.
“Kes ini kita siasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 5(2) Akta Rumah Asuhan.
“Kes ini masih dalam siasatan dimana laporan dibuat pada 14 Julai dan walaupun permohonan reman ditolak, siasatan masih berjalan.
“Kita harap semua pihak bersabar, siasatan kes dibuat sama seperti kes-kes lain,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Siti Kamsiah menasihatkan orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan yang masih berada dalam siasatan polis.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, remaja Sindrom Down berusia 13 tahun itu melecur tubuh badan selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan yang berlaku di sebuah rumah di ibu kota yang turut didiami suspek.
BACA: #JusticeForBella: Mahkamah tolak permohonan reman terhadap suspek
BACA: #JusticeForBella: Polis tahan pemilik Rumah Bonda
BACA: Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan
BACA: 'Pernah lihat Bella dipukul dengan penyangkut baju' - Saksi dakwa nampak kejadian di rumah perlindungan
Hilmi Malik
Sun Jul 18 2021

SITI KAMSIAH: "Saya mohon orang ramai untuk terus bersabar dan kita jalankan siasatan kes ini sama seperti kes yang lain." - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Intervensi kes Bella selaras akta yang berkuat kuasa - Rina Harun
Intervensi KPWKM melalui JKM dalam kes remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.

Kes Adik Bella: JKM sita rumah kebajikan tidak berdaftar
Tindakan tersebut dilakukan susulan laporan berkaitan seorang anak istimewa dikenali Adik Bella, 13, yang dipercayai didera di rumah berkenaan.