KUANTAN:Berinspirasikan daripada sangkar ikan, mencetuskan idea buat seorang anak jati Temerloh untuk membina sebuah kabin terapung bagi menyimpan peralatan elektrik dan barangan berharga ketika banjir teruk melanda Pahang, baru-baru ini.
Kabin seolah-olah rumah rakit yang diperbuat daripada zink dan besi serta diapung menggunakan tong drum plastik itu, diilham Zahari Lambak, 55, untuk ibunya Mek Jah Omar, 77, yang menetap di Kampung Gantuk, Temerloh kira-kira 120 kilometer dari sini.
Pekerja swasta itu berkata pengalaman menghadapi banjir buruk pada 2014 membuatkan beliau mencari alternatif bagi menyelamatkan barangan milik ibunya daripada musnah ditenggelami air.
"Rumah mak saya pernah berhadapan banjir buruk beberapa tahun lalu...ketika itu semua barangan elektriknya rosak.
"Kejadian itu membuatkan saya terfikir bagaimana cara terbaik untuk simpan dan selamatkan barang-barang sekiranya kejadian sama berulang. Selepas melihat sangkar ikan yang dibuat menggunakan tong plastik biru saya mendapat idea membina kabin terapung," katanya kepada Bernama.
Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, beliau membelanjakan kira-kira RM1,000 dan menyiapkan kabin terapung berkeluasan 112 kaki persegi itu dalam tempoh empat hari.
"Bagi saya, bina kabin ini tidak sukar cuma perlukan kesabaran seperti membina rumah. Barang-barang semua saya beli sendiri dan ia perkakas yang mudah dimiliki antaranya tong drum plastik biru, besi dan atap zink," katanya.
Zahari berkata untuk memastikan kabin itu tidak hanyut dibawa arus deras, beliau mengikatnya pada sebatang pokok.
Katanya, kabin berkenaan ternyata berguna ketika banjir, apabila barang-barang berharga dapat diselamatkan selepas air naik mencecah tiga meter di kampung berkenaan, pada 3 Jan lepas.
"Ketika air mula naik, adik dan mak saya sempat memindahkan mesin basuh, televisyen dan barang berharga lain ke dalam kabin berkenaan...syukur barangan di rumah mak selamat daripada ditenggelami air.
"Situasi banjir kali ini memang di luar jangkaan dan kabin berkenaan tenyata sangat berguna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
![Kabin terapung 'penyelamat' barangan mangsa banjir Kabin terapung 'penyelamat' barangan mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71610890497_Kabinterapung.jpg)
Zahari membelanjakan kira-kira RM1,000 dan menyiapkan kabin terapung berkeluasan 112 kaki persegi itu dalam tempoh empat hari. - Bernama
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737122515_TBBanjirPPS.jpg)
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
![Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705304888_banjir.jpg)
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
![Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705290448_banjir.jpg)
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
![1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma 1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705214344_banjir.jpg)
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
![Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704097095_TBbanjirpekan.jpg)
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
![Banjir di Pahang masih terkawal - MB Banjir di Pahang masih terkawal - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703668061_TBbanjirjpg.jpg)
Banjir di Pahang masih terkawal - MB
Keadaan banjir di Pahang masih terkawal buat masa ini dibantu oleh persediaan rapi kerajaan negeri dan semua agensi terlibat, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
![Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702632322_TBPekerjapembersi.jpg)
Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.
![Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702440738_lemas.jpg)
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
![Mangsa banjir meningkat di Pahang Mangsa banjir meningkat di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677679904_MangsabanjirPahang.jpg)
Mangsa banjir meningkat di Pahang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.
![Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675848530_MangsaBanjir.jpg)
Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.