PUTRAJAYA: Jemaah Menteri pada 1 Jun telah bersetuju secara prinsip dengan tiga perkara dalam cadangan reformasi Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Ia melibatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) dan draf Kod Etika Ahli-ahli Parlimen, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengenai penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, Wan Junaidi berkata ia mengambil kira penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang merupakan sebahagian daripada pengurusan Parlimen yang mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan dasar dan tadbir urus Parlimen Malaysia.
Antara yang akan diteliti termasuklah cadangan mewujudkan Skim Perkhidmatan Parlimen, serta sumber kewangan dan bajet tahunan yang diperoleh Parlimen daripada Kumpulan Wang Disatukan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Parlimen sendiri selaras dengan prinsip pengasingan kuasa.
Menurut Wan Junaidi, Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 telah dimansuhkan melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 [Akta A837] berkuat kuasa pada 20 Nov 1993, iaitu pemansuhannya adalah bagi memenuhi keperluan ketika itu untuk membuka perkhidmatan Parlimen yang tertutup kepada perkhidmatan awam Persekutuan.
Wan Junaidi dalam pada itu berkata pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 [Akta 347] dilihat penting supaya akta tersebut lebih relevan dan memberi impak yang sesuai dengan keadaan semasa.
Menurutnya, akta itu telah digubal pada 1952 sebagai House of Parliament (Privileges and Powers) Ordinance 1952 dan dipinda pada 1953 sebelum dikuatkuasakan tahun tersebut, manakala pada 1988, satu semakan dibuat untuk menukar Ordinan tersebut menjadi Akta 347 sekarang ini.
"Selain daripada itu tidak ada pindaan pernah dibuat semenjak 1953," katanya.
Akta 347 itu merupakan akta berhubungan dengan kuasa dan keistimewaan Majlis Parlimen, kebebasan bercakap dan berbahas dalam prosiding Majlis itu dan perlindungan kepada orang yang diambil khidmat dalam penyiaran kertas-kertas Majlis itu.
Wan Junaidi berkata pindaan kepada akta itu akan mengandungi peruntukan larangan kepada Ahli Parlimen yang telah dituduh di mahkamah digantung daripada menghadiri aktiviti majlis.
"Ini masih diperhalusi untuk menyesuaikan dengan perkembangan dan peraturan Dewan Rakyat sedia ada," katanya.
Wan Junaidi berkata beliau mencadangkan agar satu Kod Etika Ahli-ahli Parlimen disediakan, yang berbeza daripada apa yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Parlimen.
Kod etika itu, katanya akan menggariskan tatatertib yang lebih terperinci berhubung sikap Ahli Parlimen semasa di dalam dan di luar dewan sebagaimana yang dilaksanakan di beberapa negara lain.
"Cadangan untuk memperkenalkan Kod Etika ini adalah selaras dengan apa yang dilaksanakan di negara lain termasuk India dan New Zealand," katanya.
Lanjutan daripada keputusan Jemaah Menteri itu, Wan Junaidi berkata beliau telah memohon Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat untuk mengadakan persidangan jawatankuasa yang dipengerusikan mereka supaya memutuskan rangka kerja serta libat urus dengan pemegang taruh berhubung undang-undang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022

Wan Junaidi berkata cadangan reformasi itu melibatkan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) dan draf Kod Etika Ahli-ahli Parlimen. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Wan Junaidi tiba di Kuching sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu
Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Ucap tahniah, Wan Junaidi beri 'pesanan' kepada Kerajaan Perpaduan
Wan Junaidi berharap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan sinergi yang kuat.

PRU15: Wan Junaidi, Rohani dijangka gugur, GPS tampil 14 muka baharu
Dua tokoh veteran merupakan antara tiga nama yang bakal digugurkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

RUU Sumbangan Dana Politik dibentang Nov ini, libat urus 28 Sept
Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November disusuli dengan Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.

Kabinet setuju secara prinsip tiga perkara reformasi Parlimen - Wan Junaidi
Jemaah Menteri pada 1 Jun telah bersetuju secara prinsip dengan tiga perkara dalam cadangan reformasi Parlimen.

Dewan Rakyat: RUU kecualikan kerabat diraja daripada mengundi diluluskan
RUU tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tubuhkan jabatan khas tangani masalah tuntutan sempadan negara - Pakar
Penubuhan jabatan tersebut adalah penting bagi membolehkan pemerhatian secara jelas selain dapat menangani masalah tersebut dengan lebih cepat.

Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu
Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelantikan Penimbang Tara yang menguruskan tuntutan itu.

Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara perlu diselesaikan, COVID-19
Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019.

Kerajaan akan kaji semula undang-undang kebankrapan - Wan Junaidi
Beliau sedang berbincang dengan pegawainya serta Ketua Pengarah Insolvensi supaya mewujudkan undang-undang yang lebih baik dan mesra kepada masyarakat.