KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam bersetuju menambah baik pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) secara menyeluruh yang antara lain melibatkan cadangan dasar model baharu operasi dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan cadangan model baharu operasi TH itu akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan TH.
Selain itu, ia berkata Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia BNM.
Menurut kementerian itu, kerajaan turut bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding bagi tempoh 2014 hingga 2018 serta langkah pemulihan yang dilaksanakan TH berdasarkan dapatan perunding terbabit hingga 2020.
"Bagaimanapun, seperti diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam, skop suruhanjaya ini tidak akan merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan bagi memperkasakan tadbir urus TH," menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan memaklumkan aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting bagi memastikan kedudukan kewangannya lebih kukuh dan stabil, untuk menjamin dan memelihara kepentingan para pendeposit dan jemaah haji Malaysia.
"Sebagaimana yang termaktub dalam Akta Tabung Haji 1995, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin kerajaan," menurut kenyataan itu.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara terma RCI yang telah dipersetujui Jemaah Menteri adalah skop RCI akan tertumpu kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit TH dari 2014 hingga 2020, tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Bernama
Thu Jul 15 2021

Kementerian Kewangan memaklumkan aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting bagi memastikan kedudukan kewangannya lebih kukuh dan stabil. - Gambar fail
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

TH beri komitmen kepada Pasukan Petugas Khas polis tangani isu penipuan
Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan komitmen penyertaan mereka dalam Pasukan Petugas Khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas dan penipuan pakej haji yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

14 sekeluarga tunai haji bersama, hasil menabung selama 35 tahun
Baharin Osman dapat melihat hasil daripada disiplin menabung apabila mereka sekeluarga, 14 orang kesemuanya, dapat menunaikan haji pada musim ini, 1445H/2024M.

Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.

Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.

TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.

TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.

TH sumbang RM1 juta bantu asnaf bermasalah pendengaran
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang RM1 juta bagi Program Pusat Audiometrik Bergerak untuk membantu warga asnaf yang mempunyai masalah pendengaran.

TH tawar perlindungan takaful berganda TH Khairat sehingga RM24,000
Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan peluang kepada pendeposit untuk mendapatkan perlindungan takaful TH Khairat berganda dengan manfaat kewangan sehingga RM24,000 menerusi dua sijil perlindungan.

Jangan tertipu! Upah haji RM1,000- RM3,500 terlampau rendah - TH
Syed Saleh menambah tawaran badal haji pada harga sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas disifatkan terlampau murah.

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji tahun ini belum diketahui kerana TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.