KUALA LUMPUR: Kadar penggunaan per kapita nanas yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dengan nilai 12.2 kilogram (kg) setahun dan kadar kebergantungan import (IDR) yang rendah, iaitu 0.2 peratus menyebabkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian pembiak bakaan nanas yang komprehensif bagi membangunkan varieti baharu nanas.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, pada 2022 pengeluaran nanas negara secara keseluruhannya adalah sebanyak 537,231 tan metrik dengan jumlah eksport sebanyak 14,455 tan metrik.
Ia sekali gus menjadikan industri nanas merupakan satu sektor pertanian penting yang memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.
Justeru, beliau berkata beberapa faktor penting termasuk sumber genetik atau varieti baharu nanas perlu diberi keutamaan bagi memastikan penghasilan nanas tempatan secara berterusan dan memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.
"Pemilihan varieti terbaik, unggul, berkualiti, berhasil tinggi, kurang serangan perosak dan penyakit serta mudah beradaptasi dengan perubahan iklim turut diutamakan.
“Dengan mengambil kira faktor-faktor ini, MARDI telah mengambil inisiatif dalam penyelidikan dan pembangunan dengan memperkenalkan hibrid baharu nanas MARDI yang dikenali sebagai MS16.
“Hibrid baharu nanas ini adalah hasil daripada kerjasama pertukaran janaplasma MARDI pada tahun 1993 dengan Maroochy Horticultural Station di Nambour, Queensland Australia yang membawa kepada pengenalan jenis nanas tanpa duri ke Malaysia dan kemudian dikacukkan dengan nanas Josapine bagi menghasilkan populasi hybrid tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mohamad Zabawi menambah penyelidikan tersebut melibatkan kajian lebih 20 tahun bagi menghasilkan hibrid terbaik untuk kegunaan pasaran nanas segar negara.
Ujarnya lagi, hibrid nanas MS16 menunjukkan prestasi terbaik daripada ciri saiz buah, pengeluaran sulur yang banyak dan bersifat toleran terhadap penyakit reput teras bakteria.
“Berdasarkan kajian penerimaan dan kecenderungan pengguna mendapati MS16 setanding dengan varieti nanas MD2 dari segi kualiti rasa kerana nanas MS16 mempunyai ciri istimewa iaitu rasa buah yang manis dengan nilai kemanisan 16 – 21 peratus Brix, isi berwarna kekuningan, tekstur buah agak rangup, beraroma dan kurang rasa lidas," katanya.
Di samping itu, Mohamad Zabawi berkata penghasilan sulur yang banyak dan daun tanpa duri juga dijangka menjadi faktor yang diminati petani kerana meningkatkan penjimatan kos pengeluaran hasil dan penyelenggaraan ladang.
“Selain itu, MS16 juga boleh ditanam di tanah mineral yang boleh membantu mempertingkatkan keluasan kawasan penanaman nanas negara yang pada masa ini lebih tertumpu di kawasan tanah gambut.
“Ini sekali gus akan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan sumber pendapatan baharu kepada pengusaha tanaman nanas serta menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara," kataya.
Astro Awani
Sat Dec 30 2023
Pada 2022 pengeluaran nanas negara secara keseluruhannya adalah sebanyak 537,231 tan metrik dengan jumlah eksport sebanyak 14,455 tan metrik - Gambar MARDI
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Kadar guna nanas tinggi, MS16 hibrid baharu berkualiti untuk pasaran negara - MARDI
Ia sekali gus menjadikan industri nanas merupakan satu sektor pertanian penting yang memberikan sumbangan kepada ekonomi negara.
MARDI lancar nanas hibrid baharu, mampu penuhi permintaan pasaran negara
Nanas MS16 yang berkualiti itu berasal daripada kacukan induk Josapine dan nanas tanpa duri dari Australia.