KUALA LUMPUR: Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun daripada 0.34 peratus pada 2016 kepada 0.25 peratus pada 2020, menurut statistik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM melalui jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini bagaimanapun memaklumkan kadar keciciran peringkat sekolah menengah meningkat daripada 2.23 peratus pada 2016 kepada 3.38 peratus pada 2020 (berdasarkan data seperti pada 30 Jun pada setiap tahun).
Menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai masalah keciciran murid sekolah di Sarawak termasuk kawasan Parlimen Igan sejak lima tahun lepas, faktor berlaku masalah itu dan tindakan yang diambil, KPM memaklumkan kadar keciciran murid sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan semakin menurun di kawasan parlimen itu.
Kadar keciciran yang direkod pada 2016 adalah 13.68 peratus manakala pada 2021 adalah 0.52 peratus.
Tiada keciciran murid di peringkat sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan di kawasan Parlimen itu pada 2016 hingga 2019 serta 2021 namun kadar keciciran sebanyak 0.48 peratus direkodkan pada 2020.
"Berdasarkan tinjauan yang dilaksanakan KPM, antara punca keciciran murid adalah kerana kurang minat untuk belajar, kemiskinan, masalah disiplin, perceraian ibu bapa, kurang kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak, gejala sosial dan bekerja untuk membantu keluarga," menurut jawapan itu.
Bagi menangani masalah keciciran murid, KPM antara lain menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) bertujuan membantu pihak sekolah mengenal pasti murid berisiko cicir selain mengurus murid berisiko cicir secara berkesan dan sistematik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021

Antara punca keciciran murid adalah kerana kurang minat untuk belajar, kemiskinan, masalah disiplin, perceraian ibu bapa, kurang kesedaran ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak, gejala sosial dan bekerja untuk membantu keluarga. - Gambar hiasan

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.
250 acara disenarai dalam Kalendar Pelancongan Sarawak 2025
Sarawak menyenaraikan sekurang-kurangnya 250 acara di dalam kalendar pelancongannya bagi tahun 2025 demi mencapai sasaran ketibaan lima juta pengunjung pada tahun ini.
Rina Jainal serah kepada pimpinan GRS tentukan calon di DUN Kukusan
ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memilih calon bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke17 (PRN17).
Ketua masyarakat diseru kuasai teknologi AII
Ketua masyarakat di kawasan Petra Jaya akan dilengkapkan dengan ilmu kecerdasan buatan (AI) dalam memastikan mereka kekal relevan dan tidak ketinggalan dari sudut teknologi.

Rancangan tender semula helikopter Black Hawk sedang dilaksanakan
Rancangan untuk membuat tender semula bagi helikopter Black Hawk untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat di masa hadapan sedang dilaksanakan.
JIM Sabah akan pantau peniaga warga asing di bazar Ramadan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah akan memantau kehadiran warga asing yang mengambil kesempatan menyalah gunakan pas berniaga di bazar bazar Ramadan sekitar negeri itu.
Peniaga juadah berbuka puasa diingatkan patuhi waktu operasi
Peniaga juadah berbuka puasa di Kuching disarankan mematuhi waktu operasi yang ditetapkan, dengan hanya memulakan penjualan pada sebelah petang.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel terbakar.
PM akan berbuka puasa bersama rakyat di beberapa negeri
Bersempena dengan bulan Ramadhan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar akan mengadakan lawatan ke beberapa negeri untuk berbuka puasa bersama rakyat.
Fadillah ajak rakyat kurangkan pembaziran
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan kepentingan mengelakkan pembaziran makanan yang meningkat mendadak ketika Ramadan, kerana ia bertentangan dengan prinsip kelestarian alam dan keseimbangan sosial.

Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun - KPM
Kadar keciciran murid peringkat rendah di Sarawak menurun daripada 0.34 peratus pada 2016 kepada 0.25 peratus pada 2020, menurut statistik Kementerian Pendidikan (KPM).