KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kadar pengangguran pulih menjelang pertengahan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kadar pengangguran pada Januari 2021 ialah 4.9 peratus iaitu lebih rendah berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020.
"Pada Mei 2020 peratusan kadar pengangguran ialah 5.3 peratus tertinggi dalam tempoh pandemik COVID-19, namun pada awal tahun ini (kadar pengangguran) berada hanya 4.3 peratus.
"Diharap keadaan akan semakin pulih, kita jangka menjelang pertengahan tahun ini keadaan akan semakin stabil," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Malaysia Prihatin Sesi Bersama Pegawai Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di, Kompleks Kota Darulnaim, di sini, pada Ahad.
Program anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama kerajaan Kelantan itu merupakan inisiatif untuk memberi penerangan kepada rakyat secara berperingkat mengenai pentingnya pengurusan pandemik COVID-19 ke arah proses pemulihan ekonomi negara.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Sementara itu, Takiyuddin berkata Menteri dan Timbalan Menteri dari negeri ini telah menubuhkan Majlis Bersama Pembangunan Negeri Kelantan bertujuan menyelaras pembangunan di negeri ini.
"Majlis Bersama Pembangunan Negeri Kelantan ini disertai Menteri, Timbalan Menteri dari negeri ini bersama-sama Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) dan Exco-exco negeri bertujuan mengadakan rundingan untuk selaraskan pembangunan di seluruh negeri.
"Pengerusi di peringkat persekutuan dan pengerusi negeri juga telah dilantik melalui penubuhan sekretariat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

Mustapa berkata kadar pengangguran pada Januari 2021 ialah 4.9 peratus iaitu lebih rendah berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020. - Gambar fail/BERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Bilangan penduduk bekerja meningkat 0.2 peratus pada Oktober - DOSM
Bilangan penduduk bekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.72 juta orang pada Oktober lepas daripada 16.69 juta orang direkodkan pada September.

Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.

Kadar pengangguran turun kepada 3.2 peratus pada Ogos - DOSM
Statistik Tenaga Buruh Malaysia yang dikeluarkan oleh DOSM merekodkan kadar pengangguran pada 3.3 peratus.

Pengangguran terus menurun pada suku kedua 2024
Pengangguran terus menurun pada suku tahun kedua 2024 (ST2) sejajar peningkatan permintaan terhadap buruh dalam sektor ekonomi, menurut Sorotan Pasaran Buruh ST2 2024 yang dikeluarkan hari ini.

Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7080/7100 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7180/7210 pada Rabu.

Permintaan tenaga buruh melemah, pengangguran meningkat
Kadar pengangguran di Jerman pada Jun meningkat sebanyak 4,000 orang secara bulanan mencecah 2.73 juta, menjadikan kadar pengangguran negara itu pada 5.8 peratus.

Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.

Jumlah penganggur dalam negara menurun 565,000 pada April
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun tidak berubah iaitu pada 10.6 peratus atau 305.9 ribu penganggur pada April 2024.

Kadar pengangguran kekal 3.3 peratus pada Februari - DOSM
Kadar pengangguran pada Februari kekal 3.3 peratus, mencatatkan bilangan penganggur yang lebih rendah iaitu 567,000 orang.