KUALA LUMPUR: Negara merekodkkan kadar pengangguran 4.5 peratus atau sebanyak 728,100 individu pada bulan Mei 2021.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Statistik Tenaga Buruh, kadar pengangguran ini menurun sedikit berbanding 4.6 peratus atau sebanyak 742,700 individu yang dicatatkan pada April.
Namun jumlah penganggur masih melebihi 500,000 orang yang direkodkan ketika tempoh sebelum pandemik.
Pada awal Mei 2021, kebanyakan negeri berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan Pemulihan di mana perniagaan masih terus beroperasi dengan pematuhan kepada kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Bermula 6 Mei 2021, beberapa negeri telah diletakkan di bawah fasa PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19; iaitu Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Sarawak.
Sebelum itu, Kelantan telah berada dalam fasa PKP sejak akhir April 2021.
Walaupun langkah lebih ketat dilaksanakan di negeri-negeri tersebut, semua aktiviti ekonomi termasuk perniagaan kecil dan bazar masih dibenarkan beroperasi dengan pematuhan kepada SOP yang ketat.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, “Ketika negara memasuki separuh kedua tahun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' dilaksanakan dalam usaha melandaikan keluk jangkitan COVID-19 menyebabkan penutupan semua sektor ekonomi dan sosial di seluruh negara kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan penting dengan bilangan pekerja yang terhad di tempat kerja.”
“Dengan langkah-langkah kawalan kesihatan ini, sektor ekonomi dijangka berdepan cabaran dalam mengekalkan momentum pemulihan mereka manakala industri berkaitan pelancongan akan terus terkesan.”
Dengan kes jangkitan baharu harian yang berterusan melebihi 6,000 kes menjelang akhir Jun 2021, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di beberapa lokaliti tertentu di Kuala Lumpur dan Selangor bermula 3 hingga 16 Julai dan seterusnya bagi mengurangkan peningkatan kes baharu di kawasan tersebut.
Oleh itu menurutnya, pasaran buruh berkemungkinan akan berdepan dengan situasi yang tidak menentu pada bulan berikutnya bergantung kepada kedudukan situasi pandemik.
Walau bagaimanapun, usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai individu menerima suntikan vaksin di bawah Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha menjamin negara mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun.
Selain itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Pemulihan dan Ekonomi (PEMULIH) bagi menyokong perniagaan dan mengekalkan pekerja dalam pasaran buruh.
Beliau turut berharap agar langkah-langkah ini dapat membantu aktiviti ekonomi untuk memperoleh momentum pemulihannya, seterusnya mengekalkan kedudukan pasaran buruh pada bulan-bulan akan datang.
Astro Awani
Thu Jul 08 2021

Pasaran buruh berkemungkinan akan berdepan dengan situasi yang tidak menentu pada bulan berikutnya bergantung kepada kedudukan situasi pandemik. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.

Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.

Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.

Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.

California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.

Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.

Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.

Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.

Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.

Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.