PORT DICKSON: Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.
Suri rumah Noradila Ahmad, 45, berkata hampir 80 peratus urusan hariannya menggunakan pembayaran tanpa tunai termasuk perbankan kerana menjimatkan masa malah kaedah itu juga membolehkannya menjejaki sebarang perbelanjaan dan transaksi.
"Saya sekarang jarang bawa wang tunai, apa-apa urusan guna secara dalam talian kerana mudah, kita tak perlu beratur ke bank dan sebagainya untuk mengeluarkan wang. Sekarang nak beli makanan pun peniaga banyak guna sistem ini dan ia juga boleh elakkan kejadian jenayah," katanya kepada Bernama.
Noradila ditemui ketika menghadiri Program Masyarakat Tanpa Tunai (Cashless Society) Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Kampung Si Rusa di sini pada Ahad.
Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri Datuk Mohd Faizal Ramli.
Turut hadir Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri Datuk Muhammad Nahar Mohd Sidek, Ketua Bahagian Koordinasi Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Bukhari Yahya dan Pengarah MCMC negeri Md Tahir Musa.
Usahawan orang kurang upaya (OKU) Rozaidah Ab Rahman, 49, yang turut terlibat dalam program berkenaan berkata pembayaran tanpa tunai banyak membantu melancarkan perniagaan selain memberi pilihan lebih fleksibel kepada pelanggan untuk melakukan transaksi.
"Sekarang semua sudah berada di hujung jari, kena ikut arus perdana, sebagai peniaga kita kena mantapkan diri, kena sertai program sebegini untuk dapatkan lebih pendedahan, mungkin pada awalnya kita tak biasa tapi lama-kelamaan akan terbiasa.
"Sangat perlu guna kaedah ini kerana lebih selamat, urusan serendah RM1 pun kita boleh guna kod QR, mudah dan selamat lebih-lebih lagi OKU seperti saya, tidak dapat pertahankan diri kalau berlaku apa-apa kejadian tidak dingini," kata peniaga tanjak dan kedai makan itu.
Massyazwina Irdina Mohd Maskhalil, 19, pula berkata bagi pelajar sepertinya, penggunaan bayaran tanpa tunai adalah kaedah terbaik kerana lebih mudah dan hanya memerlukan telefon pintar.
Dalam pada itu Mohd Faizal berkata program Cashless Society ialah inisiatif MCMC bersama kerajaan negeri, penyedia perkhidmatan kewangan dan bank bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta membina keyakinan mengenai penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan penduduk setempat.
Beliau berkata ia juga seiring dengan visi kerajaan negeri melalui Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 (PEDNS 2027) untuk memacu rakyat Negeri Sembilan ke arah pendigitalan secara menyeluruh.
Menurut Mohd Faizal program berkenaan dilaksanakan di 13 lokasi di negeri itu termasuk di Nadi Kampung Si Rusa di sini dengan tumpuan utama inisiatif adalah sebagai keperluan kepada peniaga mikro untuk menerima serta mengguna pakai bayaran tanpa tunai.
Beliau berkata setakat 23 Jun lepas, sebanyak 1,477 pelawat hadir ke program berkenaan di seluruh negeri itu melibatkan 33 peniaga dengan 911 transaksi urusan tanpai tunai direkodkan.
Program Cashless Society merupakan inisiatif berimpak tinggi dijalankan Kerajaan Persekutuan bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital negara selari dengan Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 yang menyasarkan purata seorang individu melakukan 400 transaksi digital menjelang 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 30 2024

Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan. - Gambar hiasan/Unsplash

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna
Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.