NIBONG TEBAL: Operasi pemadaman api di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini, diteruskan pada Rabu dengan bantuan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, Phee Boon Poh berkata, kaedah bom air digunakan dalam operasi pemadaman api yang akan dilepaskan di lokasi titik panas berdasarkan termal imej dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Helikopter JBPM yang berlepas dari Subang dijangka tiba di tapak pelupusan sampah itu jam 9 pagi.
"Seramai lapan anggota JBPM yang akan terlibat dengan operasi yang menggunakan helikopter pada pagi ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Boon Poh berkata, bagi melancarkan operasi berkenaan semua agensi atau penduduk tidak membuat sebarang penerbangan dron semasa unit udara bomba sedang melakukan penerbangan dan kerja-kerja operasi pemadaman.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Boon Poh berkata, sebanyak 10 keluarga yang tinggal berhampiran dengan Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung telah dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak Ahad lalu.
Jelasnya, lapan orang termasuk seorang warga emas dan seorang bayi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah manakala 36 orang termasuk tiga orang warga emas ditempatkan di PPS SK Saujana Indah.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 19 2022

Boon Poh (tengah) meninjau pusat operasi JPBM di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung. -Foto Sinar Harian

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.

Banjir: Bom pam air? Tuan Ibrahim akui terkejut dengan kenyataan Mat Sabu
Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan terkejut dengan dengan kenyataan bekas Menteri Pertahanan yang menuntut penjelasan tidak memusnahkan atau mengebom pam air yang rosak.

Kaedah bom air digunakan dalam operasi di tapak pelupusan sampah
Seramai lapan anggota JBPM akan terlibat dengan operasi yang menggunakan helikopter pada pagi ini.

Hujan buatan redakan jerebu, IPU Sri Aman tidak lagi di paras bahaya
Di Sri Aman, hujan turun malam tadi dan awal pagi membantu mengurangkan jerebu, dengan IPU yang direkodkan 417 sekitar jam 11 pagi semalam merosot kepada 216 pada jam 7 pagi ini.

Indeks Pencemaran Udara di ILP Miri catat bacaan berbahaya
ILP Miri terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram.

Pembakaran terbuka tiada noktah punca jerebu buruk
Masalah jerebu yang kini melanda negara perlu ditangani secara komprehensif oleh semua pihak bagi mengurangkan jumlah "hotspots" yang disebabkan oleh kebakaran hutan dan pembakaran terbuka.