KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) meminta agar kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membenarkan penjualan mercun dan bunga api.
Presidennya, Mohamad Yusrizal Yusof berkata, langkah tersebut bukan satu keperluan ketika ini kerana ia memberi risiko kepada aspek keselamatan pengguna terutamanya kanak-kanak.
Jelas beliau, CAKE juga berpandangan aktiviti penyeludupan mercun dalam negara ini juga masih belum dapat dikekang.
"Kita tengok banyak insiden yang terjadi sebelum ini berkenaan dengan permainan mercun. Jadi kita tengok tidak ada pun keperluan (untuk membenarkan penjualan mercun). Kalau nak tengok permainan kanak-kanak itu banyak lagi yang boleh dimain, dan kalau yang main mercun ini kebanyakan pada Tahun Baharu Cina.
"Tetapi kita lihat mereka pun ada inisiatif lain untuk main mercun, contohnya (mengurangkan) bunyi. Sekarang ini tidak dibenarkan tetapi ada penyeludupan berlaku dan ada mercun (haram) yang dijual di pasaran.
"Kita harap supaya perkara ini dikaji semula dan kalau boleh tidak dibenarkan penjualan mercun sebab ia membahayakan keselamatan pengguna," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Bagaimanapun jika ia dibenarkan, Mohamad Yusrizal menambah beberapa garis panduan perlu ditekankan termasuk berhubung tarikh luput dan had usia pembelian mercun.
"Ada mercun yang tidak berfungsi dengan baik, kadang-kadang apabila menyalakan mercun, ia lambat meletup dan apabila pengguna nak pergi tengok, terkena kepada orang. Jadi ciri-ciri keselamatan pada mercun itu perlu ada.
"Kedua, mercun ini sekiranya hendak dijual juga, kanak-kanak yang berumur bawah 16 tahun perlu ada penjagaan daripada waris atau ibu bapa supaya tidak membahayakan keselamatan.
"Pemborong-pemborong pula perlu mengamalkan ciri keselamatan mercun termasuk meletakkan label dan langkah-langkah keselamatan untuk produk mercun," ujarnya lagi.
Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai.
Pada Jumaat, Bernama melaporkan aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 04 2023

Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan - Foto/BERNAMA
Malaysia, Pintu Masuk kepada Inovasi ASEAN
Temubual eksklusif bersama Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, mengenai kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi dan teknologi di rantau ini. Ketahui kekuatan utama Malaysia, sektor yang menjanjikan, dan cabaran yang perlu diatasi untuk memperkukuh ekosistem inovasi negara. Saksikan juga peranan Malaysia di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025 dan visi masa depan teknologi Malaysia.

Kenapa wajah berubah? Ini jawapan Fathia Latiff...
Kata Fathia, faktor umur ada kemungkinan menyebabkan wajahnya berubah.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Simple Manusan: Sarat dengan realiti dan emosi
Simple Manusan muncul sebagai satu lagi karya yang diharap dapat membawa sinema Tamil Malaysia ke tahap baharu.
AWANI Pagi: Kenapa remaja perempuan lebih mudah murung?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Hanisa Begam Najib Mohammad,Pakar Psikologi Klinikal, yang akan mengupas mengapa remaja perempuan dua kali ganda lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki, faktor penyumbang, serta solusi untuk menangani isu ini.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar penyertaan 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews

RUU PSB: Kos sara hidup pemilik hartanah dijangka meningkat mendadak
Melalui pindaan itu, projek pembangunan yang sebelum ini di bawah pembiayaan kerajaan dan sektor swasta kini diambil alih sepenuhnya pihak pemaju.

Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api - CAKE
Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan.