KUALA LUMPUR: Kajian oleh LinkedIn telah mengenal pasti 15 syarikat utama di Malaysia terus mengambil pekerja baharu walaupun berlaku pandemik yang telah menjejaskan aktiviti perniagaan.
Menurut GKK Consultants Sdn Bhd (GKK), tinjauan oleh laman web rangkaian sosial untuk profesional perniagaan itu mendedahkan bahawa terdapat lebih 45,000 pekerjaan sedang menunggu untuk diisi di negara ini.
Majikan utama itu terdiri daripada syarikat tempatan dan syarikat multinasional, termasuklah Petronas, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Malayan Banking Bhd dan Axiata Group.
GKK, perunding sumber manusia dan latihan yang bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), berkata tinjauan itu menunjukkan bahawa majikan ini menawarkan tempat kepada mereka yang mencari pekerjaan dalam organisasi mereka untuk mengembangkan kerjaya profesional mereka.
"Walaupun tinjauan itu memperincikan syarikat utama di Malaysia yang telah berkembang pesat selama bertahun-tahun, terdapat banyak ciri-ciri positif dan contoh yang dapat diikuti dan dicontohi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sistem pengurusan mereka sendiri," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GKK Gajendran Balasingham dalam kenyataan semalam.
Metodologi LinkedIn meliputi tujuh bidang utama, iaitu kemajuan kerjaya, kemajuan dan peningkatan, kemahiran sumber manusia, kestabilan syarikat, kepelbagaian gender dan latar belakang pendidikan.
"Tidak kira betapa kecil tenaga kerja mereka, apa yang menjadi perhatian ialah penekanan majikan terhadap pertumbuhan pekerja, latihan yang berterusan dan peningkatan kemahiran serta menjejaki kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja terutamanya dalam tempoh tidak menentu ini," katanya.
Walaupun banyak PKS terpaksa ditutup berikutan kesukaran kewangan, banyak juga yang tidak menentu, mengubah strategi perniagaan mereka dan terus bertahan selain masih mengekalkan kekuatan pekerja dengan harapan keadaan akhirnya akan bertambah baik.
Lebih 67,000 orang telah diberhentikan hanya antara Januari dan Julai tahun lepas.
"Bersama dengan Perkeso dan Dana Pembangunan Sumber Manusia, GKK telah mengadakan kursus dan latihan untuk membantu pekerja ini meningkatkan kemahiran mereka dengan tujuan memaksimumkan kelebihan daya saing mereka," kata Gajendran.
Dengan kemahiran baharu ini, mereka dilengkapi dengan lebih baik untuk bekerja semula.
"Kami telah menjalankan kira-kira 80 sesi dengan matlamat untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran semasa yang dijangka dalam sektor mereka dan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.
"Setakat ini, lebih 500 pekerja yang telah diberhentikan telah dilatih semula di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) yang dibayar oleh Perkeso," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021

Lebih 67,000 orang telah diberhentikan hanya antara Januari dan Julai tahun lepas. - Gambar hiasan
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.