KUANTAN: Jangan kejar populariti dengan menerbitkan drama yang bertentangan dengan agama atau bertentangan dengan nilai budaya.
Itu teguran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad kepada penggiat industri seni tanah air yang cenderung menyelitkan unsur-unsur gaya hidup yang berlawanan dengan adab serta nilai agama dalam karya-karya mereka.
Menurut Idris, beliau secara peribadi sangat menghormati golongan pekerja seni dan dalam masa masa berharap mereka dapat membuat perkara kebaikan kepada ummah serta mampu mendidik masyarakat ke arah kebaikan.
Kepada karyawan seni tanah air, Idris menitipkan nasihat, sebolehnya dalam setiap karya elakkan daripada mempopularkan budaya yang kurang manis dengan persekitaran masyarakat Melayu beragama Islam.
"Sepatutnya, bila kita buat program-program (drama televisyen) biar ada mesej, janganlah kita hanya untuk mempopularkan dalam bentuk-bentuk yang yang tidak elok, bertentangan dengan agama (dan) nilai budaya kita.
“Saya hormati orang-orang seni dan (harapkan) mereka gunakan seni, kecantikan yang Tuhan berikan kepada mereka dengan bijaksana, buat benda-benda (berkarya) yang boleh mendatangkan kebaikan kepada ummah dan masyarakat,” kata Idris.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) peringkat negeri Pahang di sini, hari ini.
Program yang dirasmikan Exco Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad itu dihadiri 500 imam, guru takmir, guru pondok dan tahfiz serta penyelia kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Idris berkata demikian sebagai mengulas kebimbangan banyak pihak berhubung penerbitan drama Melayu yang memaparkan elemen gaya hidup mirip barat termasuk sejumlah kecil karya yang menyelitkan nilai-nilai kemaksiatan.
Astro Awani
Tue Jun 14 2022

Datuk Idris Ahmad berharap kepada penggiat industri seni tanah air elak daripada menyelitkan unsur-unsur gaya hidup yang berlawanan dengan adab serta nilai agama dalam karya-karya mereka. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Mohd Na'im arah Pejabat Mufti WP panggil 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zain
Menteri Agama mengarahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memanggil Ibrahim Mat Zain atau digelar 'Raja Bomoh' dengan segera.

Menteri Agama ziarah rakyat Palestin dirawat di Malaysia
Pada kunjungan ziarah itu, kesemua mangsa yang dirawat diberikan bantuan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

'Syabas anak muda', Menteri Agama puji Khairul Aming, Sofyank
Mohd Na'im memuji usaha murni Khairul Aming dan Sofyank yang menghasilkan video kesedaran mengenai Palestin.

'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."

Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.

PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.

Menteri Agama jalani pembedahan
Mohd Na'im akan jalani pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang pada pukul 8 pagi ini.

Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.

Isu 'Mawla Amin': Masyarakat diseru jangan taksub - Mohd Na'im
Berpegang kepada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taksub, nasihat Menteri Agama kepada masyarakat.

Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.