MELAKA TENGAH:“Kalau boleh biarlah jenazah ‘Adik’ dikebumikan di tempat dia dibesarkan di rumah kami, namun jika takdir Allah sebaliknya, kami hanya keluarga angkat dan terpaksalah reda."
Itu luahan bapa angkat kepada kanak-kanak malang yang dipanggil 'Adik" yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini petang Jumaat.
Md Tarmidi Yaaccob, 52 berkata, dia sekeluarga memang berhasrat untuk membawa balik jenazah kanak-kanak tersebut ke Rawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, namun terkilan apabila masih tiada kata putus dari keluarga ibu kandungnya.
“Semalam ketika pihak polis panggil semua ahli keluarga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah bagi merakamkan kenyataan, kami ada berjumpa dengan nenek dan ahli keluarga kandung ‘Adik’.
“Isteri saya merayu-rayu kepada mereka untuk membenarkan kami membawa pulang jenazah ‘Adik’, tapi mereka kata perkara itu perlu diputuskan sendiri oleh ibu kandungnya yang kini ditahan polis,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka di sini.
BACA: Ibu kandung mangsa lemas dalam tong, graduan diploma kaunseling
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera, mungkin sudah lama meninggal dunia - Jiran
BACA: Budak maut dalam tong air: Ibu kandung pernah terima rawatan psikiatri - Polis
Mengulas lanjut ujarnya, dia mengharapkan Allah melembutkan hati keluarga ‘Adik’ dan sempat meluahkan rasa syukur kerana urusannya sekeluarga sepanjang berada di Melaka, dipermudahkan.
“Saya tak putus doa supaya Allah lembutkan hati keluarga ‘Adik’ untuk benarkan kami bawanya pulang ke Rawang supaya isteri saya yang membesarkannya sejak lahir dapat ziarah kuburnya selalu.
“Sepanjang saya dekat sini (Melaka) juga kami menetap di rumah inap yang pemiliknya siapa pun kami tak kenal tetapi ya Allah layanannya macam adik-beradik kami,” tambahnya sambil menyeka air mata.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dilaporkan berkata Ibu kandung kepada kanak-kanak itu pernah mendapatkan rawatan pakar psikiatri.
Bagaimanapun katanya, wanita itu hanya mendapatkan rawatan biasa dan bukan disahkan sebagai pesakit mental.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jan 31 2021

Dia mengharapkan Allah melembutkan hati keluarga Adik dan sempat meluahkan rasa syukur kerana urusannya sekeluarga sepanjang berada di Melaka, dipermudahkan. - Foto Astro AWANI

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Noorkhiriah tawar bantuan untuk individu berdepan masalah melibatkan jenazah ‘ditahan’
Noorkhiriah berkata dia akan menggunakan sumbangan daripada orang ramai untuk memastikan pengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.

Jenazah Ahmad Nawab selesai disolatkan, akan dikebumi sebelum tengah hari
Jenazah tiba kira-kira jam 9 pagi tadi dan disambut ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan artis.

Lelaki pecah cermin di hospital, tertekan akibat gagal lihat jenazah ahli keluarga
Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh menerima satu panggilan awam daripada Hospital Sungai Buloh pada 12 tengah malam memaklumkan kejadian itu.

Jenazah Arman San selamat dikebumi di Lahad Datu
Jenazah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa selamat dikebumi pada 10.55 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan.

Jenazah Cikgu Istiqomah selamat dikebumikan di Pasir Mas
Jenazah guru Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas di sini pada 11.50 malam tadi.

Jenazah tragedi letupan kapal di Bintulu selamat dikebumi pagi ini
Jenazah Allahyarham Muhamad Firdaus Abdull Fatah yang maut dalam letupan sebuah kapal di perairan Samalaju selamat dikebumikan.

Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.

Jenazah ADUN Sungai Bakap selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah Nor Zamri dimandi dan dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dibawa ke rumahnya yang bersebelahan Masjid Jamek Sungai Acheh.

Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.

Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.