SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim bertemu penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman ketika lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan selepas menyertai program di Parlimen Tambun.
Beliau berkata, pihak hospital tersebut memberi peluang untuk melawat penyanyi berusia 48 tahun itu dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan.
“Selang program saya di Parlimen Tambun semalam (pada Sabtu), saya membuat lawatan ke HBUK.
“Sepanjang lawatan itu, saya diapit Timbalan Pengarah Perubatan, Dr Ahmad Qabil dan Pakar Perunding Forensik Psikiatri, Dr Ian Lloyd Anthony untuk memberi makluman keadaan semasa hospital itu kepada ahli Parlimen Tambun,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Ahad.
Media pada 29 November melaporkan, Hakim Faiz Dziyauddin memutuskan bahawa Yasin Sulaiman dihantar ke HBUK untuk menjalani rawatan mentalnya.
Yasin ditempatkan di hospital tersebut selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348(2) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
Sementara itu, HBUK merupakan sebuah hospital penjagaan mental yang tertua dan terbesar di negara ini dan berada di bawah penjagaan Parlimen Tambun. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 03 2023

Kamil bertemu Yasin ketika lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan. - Foto X/Kamil Munim
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.

Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah
Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi itu kelihatan sugul sementara ahli keluarganya menangis di galeri awam mahkamah.

'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.

Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia
Pihak hospital tersebut memberi peluang untuk melawat penyanyi berusia 48 tahun itu dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan.

Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok
Sama ada Yasin dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.

'Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin
Yasin menyatakan dia sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wujudnya kes prima facie atas tiga pertuduhan terhadapnya.

Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.

Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok
Keputusan sama ada Muhammad Yasin dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya akan diketahui esok.