SIBU: Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu dengan prasarana moden dan mengekalkan ciri-ciri serta budaya asal kampung berkenaan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha membangunkan semula kampung tradisional itu diputuskan selepas perbincangan beliau bersama pemimpin daerah itu sebelum ini.
"Kita (kerajaan) nak bangunkan semula Kampung Datu Lama dan mengekalkan apa yang ada tetapi mesti ada pembaharuan. Kita mesti memodenkan kawasan kampung dan pertahankan ciri-ciri dan budaya yang ada di Kampung Datu Lama dan sekitarnya. Ciri-ciri ini menggambarkan budaya yang diwarisi di Kampung Datu.
"Kalau pembangunan Darul Hana di Kuching boleh dibuat, saya yakin pembangunan semula Kampung Datu di Sibu pun boleh dibuat," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu di sini malam tadi.
Abang Johari berkata pembangunan semula kampung terbabit yang merangkumi kawasan dari Masjid An-Nur hingga ke tebing Sungai Igan juga akan menyaksikan pembinaan rumah-rumah dengan reka bentuk moden yang lebih lebih selamat serta selesa.
"Kita akan mencantikkan tebingan Sungai Igan, kita akan buat tebingan dengan ciri-ciri tarikan dan di tebingan sungai pula akan dibangunkan sebuah pusat konvensyen," katanya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan Sarawak telah siap merancang pelan induk pembangunan semula Bukit Assek, Sibu dan segala butiran akan siap pada suku pertama 2025 manakala pelaksanaan dibahagikan kepada empat fasa akan bermula pada 2026.
Menurut Abang Johari pembangunan semula Bukit Assek akan mengambil masa selama 15 tahun dan dijangka selesai pada 2040 sekali gus menyaksikan perubahan besar kepada bandar Sibu secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024

Abang Johari berkata usaha membangunkan semula kampung tradisional itu diputuskan selepas perbincangan beliau bersama pemimpin daerah itu sebelum ini. - Foto fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.