SETIU: Kerajaan negeri mengisytiharkan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik di daerah Setiu sebagai kampung pelancongan negeri yang pertama di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata pengisytiharan itu adalah berikutan kedua-dua kampung tersebut masih mengekalkan identiti perkampungan nelayan tradisional dengan pelbagai tarikan dan keunikan tersendiri.
"Keistimewaan kedua-dua kampung ini juga membolehkan ia disenarai pendek sebagai calon dalam 'The Best Tourism Village' yang turut bersaing dengan dua kampung iaitu Miso Walai, Sabah dan Kampung Bario, Sarawak di bawah program Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
"Pengisytiharan ini diharap akan terus melonjakkan taraf sosioekonomi penduduk tempatan terutama penggiat industri pelancongan, kebudayaan serta warisan dan kerajaan negeri pula akan terus membantu untuk memperkasakan aktiviti serta produk pelancongan di kedua-dua kampung ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan tersebut pada Sabtu.
Antara aktiviti menarik yang terdapat di dua kampung tersebut ialah pembuatan makanan tradisional dan kraftangan, pakej menyusuri sungai, keindahan seni bina Melayu klasik di Terrapuri Heritage Village, program konservasi tuntung laut, Rumah Botol serta aktiviti mencari lokan dan kepah.
Mengulas lanjut, Ariffin berkata penubuhan komuniti pelancongan dikenali sebagai Pancaran Delima di kawasan tersebut juga bakal menarik kedatangan lebih ramai pelancong melalui pelbagai pakej yang akan ditawarkan.
"Kerajaan negeri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga turut mengambil inisiatif mewujudkan kawasan pantai yang selamat kepada pengunjung dengan kawalan keselamatan sepanjang masa.
"Kita turut berterima kasih kepada produksi filem tempatan dan antarabangsa yang sering menjadikan Terengganu terutama di dua kampung ini sebagai lokasi penggambaran kerana ia juga adalah promosi untuk industri pelancongan negeri ini," katanya.
Terdahulu, Ariffin turut menyerahkan replika cek bernilai RM100,000 kepada Pegawai Daerah Setiu Rosli Latif bagi program pengindahan produk pelancongan di daerah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021

Pertunjukkan seni silat oleh penduduk Kampung Mangkuk bagi meraikan kedatangan Ariffin (tengah). -Bernama

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.

Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Pelan Hala Tuju Gas Asli: Ini 4 cabaran utama pelaksanaan
Pelaksanaan Pelan Hala Tuju Gas Asli yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama dalam industri ini.

Sidang Parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2 peratus
Terdapat beberapa cabaran utama dalam mencapai sasaran SDG antaranya aspek tadbir urus dan kadar kebergantungan yang tinggi kepada kerajaan.

Tindakan terhadap peniaga jika sewakan tapak bazar Ramadan kepada warga asing - MPKB-BRI
Di bawah seliaan MPKB-BRI terdapat 478 petak niaga di sembilan lokasi bazar Ramadan.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Siti Safinah CEO Suruhanjaya Tenaga baharu
ST hari ini mengumumkan pelantikan Siti Safinah Salleh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood.

KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.

Kampung Mangkuk, Kampung Penarik diiktiraf Kampung Pelancongan Terengganu
Kerajaan negeri mengisytiharkan Kampung Mangkuk dan Kampung Penarik di daerah Setiu sebagai kampung pelancongan negeri yang pertama di Terengganu.

Mayat tiga kanak-kanak lemas dibawa arus ditemui
Mayat kesemua mangsa itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Warga emas prihatin kumpul 4,000 botol kaca elak pelancong cedera
Beliau menyimpan pelbagai koleksi botol hanyut yang dikutip sendiri di tepi pantai, dibeli daripada kanak-kanak serta pemberian orang ramai yang mengetahui minatnya itu.