SHAH ALAM: Kanak-kanak yang menjadi mangsa cabul seorang pemuda berusia 19 tahun di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat berada dalam keadaan trauma.


Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak perempuan dicabul oleh seorang pemuda berusia 19 tahun di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor ketika bersolat Subuh pada Jumaat. Mangsa berada dalam keadaan trauma dan menggigil semasa menceritakan kejadian tersebut.
  • Polis berjaya menahan suspek di Batang Kali. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa reman akan dibuat dalam masa terdekat dan siasatan mengenai dakwaan suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masih dijalankan.
  • Video tular menunjukkan mangsa ditenangkan oleh seorang wanita jemaah masjid. Wanita tersebut mendengar suara kanak-kanak menjerit dan menangis selepas solat berjemaah, dan pada mulanya menyangka mereka sedang bermain sebelum menyedari insiden cabul tersebut.


Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Video itu memaparkan, kanak-kanak itu ditenangkan oleh seorang wanita yang juga jemaah masjid dan mangsa memberitahu lelaki itu datang dari arah belakang.

Mangsa memberitahu, lelaki terbabit mengangkat dirinya kemudian dibawa keluar dari kawasan solat jemaah wanita.

Katanya, dia dibawa tidak jauh dari kawasan solat dan terus mencabulnya.

Sementara itu, wanita yang menemani kanak-kanak itu berkata, terdengar suara budak menjerit dan menangis semasa selesai solat berjemaah.

Pada mula katanya, dia menjangkakan budak-budak sedang bermain namun tidak menyangka berlaku insiden sedemikian.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dicabul di masjid kira-kira jam 6.41 pagi, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di Batang Kali dan reman akan dibuat dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai dakwaan suspek mempunyai kad orang kurang upaya (OKU), katanya, perkara itu masih dalam siasatan. -Sinar Harian