Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak warga Indonesia terjatuh ke dalam sungai di Subang Jaya

TB_KANAK KANAK JATUH SUNGAI KLANG_JBPM SELANGOR
Pasukan bomba kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan air atau 'surface searching'. - Gambar JBPM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran sebuah pasar raya di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang ketika mangsa sedang bermain bersama rakan-rakannya.

Katanya, panggilan mengenai kejadian diterima pada 8.06 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada 8.16 malam, kira-kira tujuh kilometer dari balai berkenaan.

Pasukan bomba kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan kaedah pencarian di permukaan air atau 'surface searching'.

Pasukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Shah Alam turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu operasi berkenaan.

Operasi melibatkan sembilan anggota dengan aset sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua bot dan sebuah kenderaan utiliti Triton.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat masih dijalankan.

Must Watch Video

Advertisement