KUALA LUMPUR: Kawasan mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, Hulu Selangor diperluas sehingga 18 kilometer dari tempat kejadian.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, SAR yang memasuki hari keempat itu disambung jam 9 pagi, pada Sabtu.
"Operasi dilakukan secara 'water surface searching' menyusur ke hilir sungai bermula tempat mangsa dilaporkan jatuh sehingga ke Sungai Rasa yang dianggarkan 18 kilometer.
"Operasi dipecahkan kepada dua sektor melibatkan enam buah bot dibantu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor, pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) serta agensi bantuan lain," katanya dalam satu kenyatan, pada Sabtu.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi SAR itu disertai 51 petugas terdiri daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Ulu Bernam dan Batang Kali, Jabatan Amal Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam.
Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak terbabit, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh di sungai berkenaan.
Afiezy Azaman
Sat Jul 08 2023

Kawasan mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, Hulu Selangor diperluas sehingga 18 kilometer dari tempat kejadian.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas
Mayat pelajar yang dipercayai terjatuh bersama motosikal ke dalam Sungai Padang Terap, Chegar ditemui lemas, pada Isnin.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar petang ini.

Pekerja feri dikhuatiri lemas selepas jatuh sungai
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 pagi itu, Antonius Permisi, 45, sedang melakukan kerja mengangkut baja dengan menggunakan feri.

Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.

Kanak-kanak jatuh sungai, operasi diperluas hingga Sungai Rasa - Bomba
Operasi dilakukan secara 'water surface searching' menyusur ke hilir sungai bermula tempat mangsa dilaporkan jatuh sehingga ke Sungai Rasa yang dianggarkan 18 km.

Kanak-kanak lelaki tujuh tahun hilang jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali pada Rabu.

Pelajar Tingkatan 2 jatuh dalam Sungai Perak ditemui lemas
Mayat pelajar Tingkatan Dua yang terjatuh ke dalam Sungai Perak, berhampiran jeti Kampung Terengganu, pada Jumaat, ditemui petang Sabtu.

Buruh Bangladesh maut terjatuh dalam Sungai Nenggiri
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika melakukan kerja memanjat besi paip dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari.

Guru lelaki ditemukan lemas ketika jala udang
Mayat mangsa ditemui jam 5.39 petang tidak jauh dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Warga emas dikhuatiri lemas terjatuh sungai
Mangsa tinggalkan nota "bapa ingin terjun sungai" di rumah sebelum terjun Sungai Tanjung Chali.