JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lima hari kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kuchi, Pontian Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd Shofee Tayib berkata, mangsa berusia 9 tahun itu, tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan, meskipun terdapat kesan terbakar dari bawah bahagian ketiak hingga pahanya.
Katanya perkara itu terbongkar selepas seorang pengadu yang merupakan rakan kepada ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Pontian.
"Pengadu mengetahui mengenai perkara itu menerusi kumpulan WhatsApp keluarga apabila nampak gambar anak lelaki kepada kenalannya.
"Pengadu mendapati budak tersebut tidak dibawa oleh ibu bapanya ke mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan dan kanak-kanak tersebut masih lagi berada di rumahnya tanpa ada sebarang rawatan.
"Pengadu bersama ibu serta suami telah melawat budak tersebut di rumahnya dan telah menasihatkan ibu bapa mangsa supaya membawa anaknya ke hospital untuk menerima rawatan.
"Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapa mangsa yang masih membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu. Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan lukanya sudah mula berbau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Mohd Shofee, laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya kepada pihak polis kerana pengadu mengesyaki ada berlakunya pengabaian kanak-kanak.
Katanya, semasa anggotanya sampai ke lokasi kejadian, mendapati mangsa dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.
"Hasil pemeriksaan awal ke atas anggota badan mendapati terdapat kesan terbakar dan melecur di beberapa bahagian seperti di bahagian kanan badan hingga ke kaki, bahagian lengan kiri, kedua-dua bahagian dalam peha, bahagian telinga kanan.
"Semasa kejadian ibu kandung mangsa berada di dalam rumah terdengar bunyi letupan di luar dan nampak kelibat mangsa berlari dalam keadaan baju dan seluarnya terbakar menuju dan terjun ke dalam parit di hadapan rumah.
"Bapa mangsa telah membantu memadamkan api di baju mangsa dan membawanya masuk ke dalam rumah. Ibu bapa mangsa hanya membeli ubat tahan sakit dan ubat sapu di farmasi dan tidak membawa mangsa ke hospital.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Pontian menaiki ambulans untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Mangsa kini dalam keadaan stabil dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Menurut beliau, ibu bapa mangsa berusia 36 dan 33 tahun telah ditahan pada jam 2 pagi pada Selasa untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Jan 04 2023

Mangsa tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan, meskipun terdapat kesan terbakar dari bawah bahagian ketiak hingga paha. - Foto PDRM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat malam tadi.

Tong gas oksigen meletup: Dua beranak ditidurkan, stabil
Muhamad Firdaus Syawal Abdullah, 5, yang melecur 60 peratus dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan.

Budak perempuan melecur main mercun meninggal dunia
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang badannya melecur akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun pada 12 April lalu di Kampung Senara, Kubur Panjang, meninggal dunia.

Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Siasatan kes suami isteri abai rawatan anak melecur lengkap tidak lama lagi
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes suami isteri dipercayai melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur.

Kanak-kanak melecur teruk tahan sakit 5 hari, disyaki diabai ibu bapa
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lima hari kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya.