LUMUT: Seorang kanak-kanak perempuan melalui detik cemas apabila seorang lelaki melarikan kereta milik ibunya dalam kejadian di Seri Manjung, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, ibu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun berkenaan meninggalkan anaknya di dalam kereta dengan keadaan enjin dan pendingin hawa dihidupkan sebelum turun membeli barang di kedai haiwan.
Beliau berkata sejurus keluar dari kedai berkenaan, mangsa mendapati kereta jenis Perodua Bezza miliknya tiada di tempat letak kereta dan terlihat seorang lelaki tidak dikenali membawa lari keretanya berserta anak perempuannya yang masih berada di dalam kereta tersebut.
"Mangsa cuba untuk menghalang keretanya namun suspek telah memecut laju kereta itu dan melarikan diri.
"Dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi kejadian, suspek telah ditangkap dan kereta serta anak mangsa dapat diselamatkan. Kanak-kanak itu dalam keadaan baik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nor Omar berkata pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian berkenaan dan bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek berusia 24 tahun itu.
Menurut beliau, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.
"Semasa kejadian, kereta berkenaan tidak berkunci. Bagaimanapun, kita masih menyiasat motif sebenar dan suspek masih tidak dapat disoal siasat kerana masih di bawah pengaruh dadah," katanya.
Beliau berkata suspek kini ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Seri Manjung untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021

Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. - Gambar/ Media sosial

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.