KUALA LUMPUR: Perodua 'Kancil lejen' kembali tular di media sosial selepas kenderaan tersebut dilihat berada di atas jalan sekitar Kepong.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan telah melaporkan perkara itu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan lanjut.
"Keberadaan kereta ini di jalan raya sangat membahayakan. Tayarnya sudah pecah dan kepala pemandu terkeluar dari kereta.
"Kalau dibiarkan di jalan raya, pasti akan berlaku sesuatu. Trafik di Kepong pula sentiasa sibuk.
"Pihak pejabat saya sudah melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa DBKL dan dalam masa terdekat ini, kereta ini akan ditunda.
"Lokasi kereta ini sudah dikenal pasti," katanya pada Khamis.
Beliau pada Selasa lalu turut berkongsikan video kereta tersebut berada di atas jalan raya dan menggesa pihak berkuasa termasuk pihak polis mengambil tindakan sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
"Pihak berkuasa tak mahu buat apa-apa ke? Sudah lama kereta ini berkeliaran di kawasan Kepong.
"Saya akan usahakan untuk berjumpa dengan pemilik kenderaan tersebut dan berbincang dengan dia pasal keadaan hidupnya," tulisnya.
Menurutnya, yang menjadi keutamaan adalah memastikan kenderaan tersebut tidak berada di atas jalan demi keselamatan pengguna.
"Sudah tiba masanya kereta ini berehat dari medan pertempuran jalan raya," tulisnya diakhiri ucapan RIP kereta Kancil Lejen.
Kereta Kancil Lejen itu sering kelihatan di Kepong selain pernah juga dilaporkan melalui jalan Rawang.
Sinar Harian difahamkan pemilik kereta berusia lingkungan 40-an itu pernah diambil tindakan sebelum ini tetapi menggunakan dua kereta Perodua Kancil lain yang telah ditahan.
Satu kenderaan tersebut telah dilupuskan sementara sebuah lagi kenderaan kini berada di stor Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Penularan terbaharu itu adalah kes ketiga dilaporkan di mana tindakan boleh dikenakan atas kesalahan cukai jalan dan struktur kenderaan tersebut jika berada di atas jalan.
Berita asal: 'Kancil lejen' kembali dikesan di jalan raya di Kepong
Sinar Harian
Thu Apr 22 2021
Kancil Legend dikesan di Kepong. Foto Twitter Lim Lip Eng
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
'Kancil lejen' kembali dikesan di jalan raya di Kepong
'Kancil lejen' kembali dikesan di jalan raya di Kepong