ALOR SETAR: Setelah pulih daripada kesakitan panjang akibat kanser, Noor Zeeda Abd Aziz diuji pula dengan kecacatan kekal, kudung kaki kiri, namun semua itu bukan penghalang baginya untuk memburu kejayaan.
Menceritakan kisahnya, bekas pesakit kanser berusia 42 itu berkata, setelah disahkan menghidap penyakit paling digeruni itu, dia berusaha untuk pulih dan tidak kisah bergelar orang kurang upaya (OKU), asalkan tidak lagi menanggung derita.
"Pada 2007, sebulan selepas lahirkan anak kedua, saya disahkan menghidap kanser tulang dan pada masa sama, pendapatan suami terjejas akibat kegawatan ekonomi dan kami ketika itu diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
"Saya asyik berulang ke hospital untuk rawatan dan kontrak kerja tidak disambung, rasa sudah tiada kualiti hidup dan akhirnya saya putuskan untuk 'bebaskan' diri daripada anggota badan yang sakit akibat kanser," kata ibu kepada empat cahaya mata itu kepada Bernama di sini.
Katanya sebelum itu, selain menjalani rawatan kemoterapi, dia juga sudah melakukan pembedahan menggantikan tulang besi pada kaki kirinya, malangnya bahagian berkenaan sering mengalami jangkitan dan menyebabkannya menanggung kesakitan.
Noor Zeeda berkata walaupun ada yang membantah keputusannya untuk mengamputasi sebelah kakinya, namun baginya itulah solusi paling tepat untuknya bebas daripada kesakitan yang berpanjangan.
"Saya pernah 'berumah' selama dua tahun di hospital dan keadaan itu amat memeritkan, namun selepas kaki dipotong pada 2013, saya rasa hidup lebih berkualiti dan saya boleh kembali melakukan banyak perkara diingini yang tertangguh sebelum ini," kata wanita berasal dari Sungai Petani itu.
Katanya ketika awal ujian dia dan keluarganya mengalami kekurangan sumber pendapatan, bayaran ansuran rumah serta kereta tidak mampu dilunaskan kerana kos rawatannya yang melebihi RM70,000, ditanggung sendiri dan dia sentiasa bersedia jika pihak bank akan 'menarik' semua hartanya yang masih terikat dengan hutang.
"Saya hubungi bank beritahu nak tarik kereta, mai la, kereta dah cuci elok ni... nak mai ambil rumah, mai la rumah okay tiada cacat cela. Tapi alhamdulillah waktu itu bank-bank tersebut menawarkan penjadualan semula bayaran, dapatlah dikekalkan kereta dan rumah dengan bayaran minimum," katanya.
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya dan 'resepinya' cukup mudah iaitu jangan sesekali menyerah kalah.
"Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac 2020 bermula dan dapat moratorium, saya minta izin suami untuk ambil sebahagian daripada duit itu untuk (dijadikan modal) jual ikan bilis sebab saya tak nak pisang berbuah dua kali (masalah kewangan).
"Tatkala orang menghias rumah dengan duit moratorium, saya beli berkilo-kilo bilis untuk dijual dan setelah beberapa bulan, rakan-rakan mencadangkan agar berniaga di platform e-dagang supaya perniagaan lebih mudah dikendalikan," katanya.
Menurutnya bermula dengan hanya satu tempahan pada bulan pertama dengan nilai jualan cuma RM30, hari ini, wanita bertopang tongkat itu meraih hasil jualan mencecah empat angka setiap hari dan mampu menggajikan lima pekerja untuk membantunya.
Bercakap mengenai situasi negara yang kini dilanda pandemik COVID-19 sehingga menyebabkan ramai individu hilang pekerjaan dan perniagaan terpaksa 'gulung tikar', nasihat Nor Zeeda ialah jangan rasa malu untuk meminta pertolongan.
"Mintalah bantuan daripada sesiapa sahaja, sememangnya pasti akan ada penolakan, namun pasti akan ada juga mereka yang akan sudi menolong kita untuk keluar daripada kesempitan.
"Jangan sesekali pendam (masalah) seorang sehingga memudaratkan diri, berceritalah dengan isteri,suami atau sesiapa sahaja kerana bila ada perbincangan pasti akan membuahkan idea," katanya yang mengharapkan agar kisahnya mampu memberi inspirasi kepada semua pihak yang terkesan sepanjang pandemik ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
![Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625115465_Kanserkudungkaki.jpg)
Selain menjalani rawatan kemoterapi, dia juga sudah melakukan pembedahan menggantikan tulang besi pada kaki kirinya. - Foto BERNAMA
![DBKL sita barang perniagaan di laluan awam DBKL sita barang perniagaan di laluan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739588795_dbkl.jpg)
DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
![Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739588970_JuanPabloII.jpg)
Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.
![Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739587127_TBhangus.jpg)
Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.
![Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735218354_duitringgit.jpg)
Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.
![Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739586941_sitisaleha.jpg)
Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.
![TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739584208_badrulafzanrazali.jpg)
TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.
![Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739584360_adamadli.jpg)
Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738795020_tbpesakitkansergen.jpg)
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
![Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738641301_GirlWithPhone.jpg)
Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.
![CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736933783_TBLavaniyah.jpg)
CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
![Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736470720_TBJayachandran.jpg)
Penyanyi 'Rasathi Unna Kanatha Nenju', P Jayachandran meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sepanjang kariernya, Jayachandran merakamkan lebih daripada 16,000 lagu dalam pelbagai bahasa termasuk Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada dan Hindi.
![Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736463652_TBJoseMujica.jpg)
Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas Presiden yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis daripada kanser esofagus.
![Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707198982_TBalcoholjpg.jpg)
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
![Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734705052_KingCharles.jpg)
Rawatan kanser Raja Charles berjalan lancar, akan diteruskan tahun depan
Pasukan perubatan Raja Charles sentiasa memantau dengan teliti jadual acara rasmi baginda sejak kembali kepada tugas awam.
![Pelakon Lan Zailan meninggal dunia Pelakon Lan Zailan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734565980_ZailanKamaruddin.jpg)
Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di PPUM.
![Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81564976039_TBDIETKETOGENIK.jpg)
Penyelidikan Australia kaitkan diet tidak sihat dengan kanser membawa maut
Penyelidikan terkini di Australia mendapati terdapat kaitan antara pemilihan diet yang tidak sihat dengan risiko kanser yang boleh membawa maut.
![Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727508512_tbElderlywargaema.jpg)
Hidup sejahtera menuju penuaan: Hadapi usia emas dengan yakin
DOSM melaporkan bahawa wanita secara amnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki dengan purata lima tahun lebih lama.